Peter Crouch: Ejen Choupo-Moting Memang Seorang Yang Hebat

Choupo-Moting

Bekas penyerang skuad kebangsaan England, Peter Crouch mengakui beliau terkejut melihat perkembangan karier yang pada ketika ini sedang dinikmati bekas rakan sepasukannya, Eric Maxim Choupo-Moting.

Memilih untuk menyarung jersi Stoke City bersama-sama Peter Crouch pada musim 2017/18, langkah itu dilihat bukanlah satu keputusan tepat apabila Stoke City tergelincir ke persaingan EFL Championship selepas hanya menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-19.

Nasib Choupo-Moting bagaimanapun begitu bernasib baik setelah khidmat beliau ditagih kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain yang mana sumbangannya pada saingan musim lalu pasti akan sentiasa diingati selepas kemasukannya ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) telah membantu kelab tersebut ke separuh akhir.

Selepas dua musim bersama PSG, Hansi Flick pula berminat untuk menjadikan Choupo-Moting sebagai rekrut baharu sekali gus membawanya pula ke Bayern Munich. Kelab yang mengecewakan PSG pada perlawanan akhir UCL musim lalu.

Keadaan itu jelas membuatkan Crouch teruja dengan peluang dinikmati Choupo-Moting dan menyifatkan pemain kelahiran Hamburg itu mempunyai seorang ejen yang cukup hebat.

”Kami berdua menjaringkan lima gol dalam kempen 2017/18. Mungkin saya mengundurkan diri dan bersara terlalu awal.”

Embed from Getty Images

”Apa yang akan saya katakan secara adil buat Eric bahawa dia mempunyai banyak bakat,” ujar Crouch menurut laporan Goal.

”Anda dapat melihat ketika sesi latihan dia merupakan seorang pemain yang baik tetapi ianya tidak berlaku seperti yang perlu dilakukannya ketika hari perlawanan.”

”Eric merupakan seorang yang baik dan dia jelas mempunyai seorang ejen yang cukup hebat untuk memberikan beberapa peluang luar biasa.”

”Semoga berjaya buatnya,” tambah bekas penyerang tinggi lampai itu lagi.

Choupo-Moting berjaya menjaringkan dua gol selepas mengharungi empat perlawanan dalam semua kejohanan disertai Bayern Munich setakat ini.

Kredit featured image: S. Mellar/Getty Images for FC Bayern

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Mikel Arteta Tak Faham Satu Perkara Selepas Kalah Kepada Leicester

Kalau Setiap Pasukan Di Malaysia Boleh Capai 50% Standard JDT, Liga Kita Akan Lebih Baik

Ronald Koeman: VAR Hanya Digunakan Untuk ‘Menentang’ Barcelona

Leave a Reply