Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov menasihatkan Anthony Martial supaya mencari jalan untuk mengembalikan kemampuan sebenarnya selepas bergelut dengan penurunan prestasi yang agak ketara sejak kebelakangan ini.
Prestasi buruk Martial bersama kelab tampak ketara di mana beliau sering gagal menyudahkan peluang terhidang di hadapan gol dan ia turut memberi kesan kepada penampilannya bersama skuad kebangsaan Perancis.
Ekoran itu, Berbatov meminta penyerang berusia 24 tahun itu menjadikan penyerang veteren Edinson Cavani sebagai model ikutan untuk menjadi pemain nombor sembilan yang lebih kritikal di hadapan gol.
Martial said all his friends support PSG. He did that for them
What a friend 🍻#MUNPSG #MUFC#UCL pic.twitter.com/FxoKqTIfbm— Roger (@rogers_soro) December 2, 2020
Sejak menjual Romelu Lukaku kepada Inter Milan pada musim lepas, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa membuat percubaan menjadikan Martial, Marcus Rashford dan Odion Ighalo sebagai penyerang utama dalam kesebelasan utama.
Namun masalah tersebut boleh dianggap selesai sebaik sahaja ketibaan Cavani di Old Trafford yang telah membuktikan kematangan dan ketajamannya di hadapan gol ketika aksi berdepan Southampton tempoh hari.
Berbatov percaya bekas penyerang Paris Saint-Germain berkenaan boleh menjadi guru yang sempurna buat Martial supaya beliau kekal releven untuk terus kekal bersama United untuk jangka masa panjang.
🤨 Edinson Cavani has had more shots in the Premier League this season (9) than Anthony Martial (7)
👀 Edinson Cavani hasn't started a single Premier League game… pic.twitter.com/W4Tms8T3SR
— WhoScored.com (@WhoScored) November 30, 2020
“Saya selalu teringat mengenai Martial dan beberapa penyokong telah menghantar mesej kepada saya di media sosial bertanya apa yang dah berlaku kepadanya dan kenapa dia tidak menghasilkan gol,” ujar Berbatov dalam satu temubual.
“Dia perlu perbaiki permainannya, bukan hanya dia tetapi seluruh pasukan juga. Terutamanya untuk menghadapi perlawanan-perlawanan penting.
“Saya terkejut lihat bagaimana Cavani beraksi, dia sudah berusia 33 tahun , tetapi lariannya di atas padang seolah-olah dia baru berusia 25 tahun, kejar bola, buka ruang, semangatnya masih di tahap luar biasa,”
“Jadi Martial yang masih muda sepatutnya jadikan dia sebagai contoh untuk tingkatkan keupayaannya,” kata Berbatov yang pernah beraksi dalam satu pasukan ketika di Monaco.
🗣️ Berbatov: "I think the strikers are good enough. I like them, especially Anthony Martial, because I used to play with him in Monaco. I know how good he is." https://t.co/uX1A1nz2F4 #manutd #mufc pic.twitter.com/Wx3iuMzVtR
— RedCafe.net (@red_cafe) July 4, 2019
Musim ini Martial hanya mencetak dua gol sahaja dalam semua pertandingan. Namun masih mendapat kepercayaan Solskjaer untuk terus membarisi kesebelasan utama termasuk ketika tewas kepada PSG tempoh hari.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial, Pogba, De Gea & Shaw
Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?