3 Perkara Selepas Zainal Abidin Hassan Kekal Di Melaka United

zainal abidin hassan melaka united 2020 2021

Pengurusan Melaka United semalam telah mengumumkan yang khidmat pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan dikekalkan untuk semusim lagi, musim hadapan.

Begitupun, beberapa perubahan pemain dijangkakan akan berlaku dengan pihak pengurusan yakin Zainal Abidin mampu membawa perubahan kepada Melaka United pada musim hadapan. Untuk rekod, mereka menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan ke-9 – empat mata di depan FELDA United yang tersingkir.

Zainal Abidin cuba digantikan

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa khidmat pengendali berusia 59 tahun itu bakal berakhir dengan beberapa nama pengendali telah dikaitkan akan menabur keringat bersama Melaka United antaranya E. Elavarasan dan K. Devan.

Turut berada dalam senarai tersebut dikatakan adalah pengendali berasal daripada Korea Selatan yang tidak dinamakan siapa. Perkara tersebut telah didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pada penghujung bulan lalu.

MU kata ‘yakin’ kemampuan Zainal Abidin

Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan yang pihaknya yakin akan kemampuan Zainal Abidin untuk terus membimbing pasukan. Namun, keyakinan tersebut berlaku selepas perbincangan bersama bakal pengendali baharu telah menemui jalan buntu dan K. Devan pula akhirnya memilih Negeri Sembilan FC.

Katanya yang dipetik berkata pada satu sidang media menerusi laporan oleh Harian Metro, “Walaupun pasukan kurang menyerlah pada musim ini, namun MUFC terus memberi kepercayaan kepadanya untuk meningkatkan prestasi pasukan musim depan. Kami yakin pasukan MUFC lebih baik kali ini menerusi kemampuan Zainal.”

Safiq Rahim, Razman Roslan antara yang digugur

Dua bekas pemain skuad kebangsaan dan merupakan pemain senior dalam skuad Melaka United, Safiq Rahim dan Razman Roslan sah tidak akan dilanjutkan kontrak untuk bersama pasukan. Razman Roslan dan Safiq Rahim masing-masing sudah dua musim beraksi bersama skuad Hang Tuah iaitu sejak musim 2019.

Menurut laporan Sinar Harian pula, pihak pengurusan memaklumkan mereka hanya akan kekalkan 40 peratus pemain musim ini dengan sasaran tidak terlalu tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Melaka United yang baharu, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri turut berkata skuad ini akan disertai oleh pemain senior baharu.

Menurut pendedahan wartawan The Star, T. Avineswaran, penyerang skuad kebangsaan yang masih dalam perancangan skuad kebangsaan dijangkakan akan menyertai pasukan dengan nama pemain tersebut tidak dapat didedahkan.

KREDIT FEATURED IMAGE: MUSA

Baca lagi artikel mengenai Zainal Abidin dan Melaka United:

Zainal Abidin: Tempoh Persiapan Liga M 2021 Mencukupi, Harap Tiada Peningkatan Kes

Ini Mungkin Jawapan Kepada Ramli Junit Tentang Melaka United

Zainal Abidin Berahsia Tentang Perubahan Taktikal Melaka United

Leave a Reply