Zainal Abidin: Tempoh Persiapan Liga M 2021 Mencukupi, Harap Tiada Peningkatan Kes

Zainal Abidin

Ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berasakan setiap pasukan mempunyai tempoh mencukupi termasuk mendaftarkan pemain baharu serta latihan pada permulaan latihan pra-musim dan perlawanan persahabatan.

Walaupun begitu, beliau memahami semuanya bergantung kepada situasi penularan pandemik COVID-19 di negara ini yang akan berikan kesan secara langsung kepada kelancaran perjalanan Liga Malaysia.

Kelmarin, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan tarikh-tarikh bagi kalendar Liga Malaysia musim 2021 dengan aksi perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021 sebagai aksi pembuka tirai.

Perlawanan-perlawanan domestik seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021 manakala kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021.

Kejohanan TM Piala Malaysia akan bermula 17 dan 18 September 2021 sehingga 27 November 2021 manakala kejohanan Challenge Cup akan berlangsung pada 3 dan 4 September 2021 sehingga final pertama pada 6 atau 7 November 2021 diikuti final kedua pada 13 atau 14 November 2021.

”Saya rasa dengan situasi semasa, tempoh yang diberikan oleh MFL sebelum sepak mula pada 27 Februari nanti sebagai mencukupi dan kami juga sempat adakan perlawanan persahabatan.”

”Malah, kami juga sudah boleh daftarkan pemain bermula minggu ini (21 November) dan situasi berkenaan memudahkan kami untuk melakukan perancangan menyusun pemain.”

”Cuma seperti semua pihak, hanya peningkatan kes COVID-19 ini sahaja berikan kebimbangan kerana boleh buatkan segala dirancang tidak menjadi kenyataan dan kita harap tahun depan, segalanya berjalan sempurna,” katanya.

Kredit featured image: Melaka United Soccer Association

Baca artikel lain dari kami mengenai Melaka United:

Deevan Raj: Sony Norde ‘Role Model’ Buat Semua Pemain Melaka United

Zainal Abidin Berahsia Tentang Perubahan Taktikal Melaka United

‘Attention to Detail’ Tema Jersi Melaka United 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN