‘Bergerak & Berlari’ – Kai Havertz Ajar Lukaku Macam Mana Nak Jadi Penyerang Chelsea

Kai Havertz Romelu Lukaku Chelsea

Mungkin tidak lagi mampu bersabar dengan ketumpulan Romelu Lukaku di hadapan gol, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel akhirnya tekad meletakkan penyerang utamanya itu di bangku simpanan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Lille dan meletakkan Kai Havertz dalam senarai kesebelasan utama.

Keputusan tersebut nyata berbaloi apabila penyerang muda Jerman itu membalas kepercayaan yang diberikan dengan menjaringkan gol pada awal permainan untuk membantu pasukannya membawa bekalan dua gol menjelang aksi timbal balik.

Sejak awal sepak mula lagi, Havertz sudah pun memiliki dua peluang untuk meledakkan gol. Beliau kemudian menemui sentuhan jaringannya pada minit kelapan yang hanya merupakan sentuhan kelapannya dalam perlawanan tersebut.

Sepanjang aksi di Stamford Bridge itu, ia jelas menunjukkan betapa Chelsea begitu memerlukan pemain seperti Havertz untuk mengetuai barisan hadapan pasukan.

Beliau berkeliaran di dalam padang jauh lebih baik berbanding Lukaku, membuka permainan dan turun ke bawah untuk membantu rakan sepasukannya melancarkan gerakan serangan mengikut taktikal permainan yang diarahkan.

Pergerakan Havertz dilihat begitu teratur. Apabila beliau membuat larian ke arah gol, hantaran lintang akan menuju ke arahnya, apabila turun lebih rendah, rakan sepasukan mudah untuk melihat kelibatnya.

Ia membolehkan Christian Pulisic dan Hakim Ziyech untuk bergerak lebih bebas dan mengatur pergerakan ke dalam kotak penalti sementara N’Golo Kante pula berupaya untuk membantu serangan dengan lebih baik.

Pergerakan Havertz seolah-olah begitu selari dengan gaya permainan rakan sepasukan di sekelilingnya dan itulah eleman yang ‘hilang’ ketika Lukaku berada di atas padang sepanjang musim ini.

Lukaku dan Havertz, kedua-dua pemain ini jelas mempunyai keupayaan dan gaya permainan yang berbeza.Havertz lebih kepada pemain nombor 9 jadian yang dianggap posisi terbaiknya termasuk ketika bersama Bayer Leverkusen.

Di Jerman beliau telah pun membuktikannya dengan merekodkan 46 gol dan 31 bantuan jaringan dalam 150 perlawanan hanya dalam tempoh kurang empat tahun.

Kai Havertz: Kisah Budak Kampung Dari Aachen Yang Menjulang Chelsea Di Persada Eropah

Selepas berakhirnya perlawanan menentang Lille, pastinya ia bukan petanda yang baik buat penyerang Belgium itu.

Kebanyakan penyokong The Blues menjadikan Lukaku sebagai ‘kambing hitam’ di atas prestasi buruk Chelsea sejak kebelakangan ini.

Mungkin sistem atau taktikal yang diterapkan oleh Tuchel tidak sesuai untuk seorang pemain seperti Lukaku walaupun kita tahu Chelsea merupakan sebuah pasukan yang cukup mengagumkan ketika melancarkan serangan.

Mereka mampu mengawal permainan, memulakan serangan dari bahagian pertahanan dan menghasilkan peluang. Malangnya mereka gagal menemui jaringan yang diperlukan.

Menjelang perlawanan akhir Piala Carabao menentang Liverpool pada Ahad ini, Thomas Tuchel mungkin sudah pun menemui jawapan terbaiknya untuk membawa pulang kejuaraan pertamanya musim ini iaitu Kai Havertz.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN