Kylian Mbappe disahkan oleh Pengarah Sukan Paris Saint-Germain (PSG) mahu meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini.
PSG sudah pun menolak bidaan pertama Real Madrid berjumlah €160 juta (£137 juta) untuk Mbappe pada Selasa.
Menurut laporan The Athletic, Mbappe belum lagi ditawarkan sebaran insentif baharu untuk terus kekal di Parc des Princes, walaupun PSG bertegas pemain itu akan menyambung kontrak beliau bersama mereka.
Sehingga kini, pemenang Piala Dunia 2018 itu telah menolak enam tawaran oleh PSG untuk menyambung kontrak yang bakal tamat 12 bulan dari sekarang.
5 Sebab Mbappe Akan Tinggalkan PSG Dan Sertai Real Madrid Dalam Masa Terdekat
Real Madrid sentiasa kacau
Bagi Leonardo, Real Madrid sentiasa di posisi yang menyebabkan Mbappe menjadi pemain yang sukar diurus di PSG.
Bercakap kepada RMC, Leonardo berkata: “Mbappe mahukan perpindahan, situasi ini sangat jelas pada saya. Jika Real Madrid melakukan tawaran, niat mereka sangat jelas. Pada saya situasinya sangat jelas, dan setiap pihak juga sepatutnya sudah faham di peringkat ini.
“Kami tidak boleh sesuka hati mengubah perancangan [jual Mbappe] pada minggu terakhir jendela perpindahan. Kami tidak akan menghalang [perpindahan Mbappe] tetapi ia harus mengikut syarat yang kami tetapkan.
PSG have confirmed Kylian Mbappe wants to leave for Real Madrid pic.twitter.com/7TyIUQOCtQ
— B/R Football (@brfootball) August 25, 2021
“Saya tidak boleh mengesahkan jumlah sebenar [Real Madrid harus bayar], tetapi [tawaran] jauh lebih rendah dari apa yang telah kami belanjakan.
“Perkara terutama ialah apa yang dilakukan oleh Real Madrid yang membuatkan kami tidak senang.
“Real Madrid telah bersikap dan bertindak sebegini selama dua tahun. Ia adalah salah, malah telah melanggar peraturan sekiranya mereka berhubung terus dengan pemain. Ia sukar kami terima kerana kaedah itu tidak betul.”
Apakah syarat dimaksudkan PSG?
Melepaskan Mbappe pada hari terakhir jendela perpindahan bermakna PSG sukar mendapatkan pengganti. Sebarang usaha berbuat demikian pada saat akhir juga dilihat sebagai usaha terdesak, menyebabkan PSG sukar melakukan rundingan.
PSG dikhabarkan memburu penyerang Brazil, Richarlison untuk dijadikan pengganti Mbappe. Situasi tersebut tetap sama di Everton yang pasti sukar melepaskan pemain tersebut pada saat akhir jendela perpindahan.
Neymar, Messi & Richarlison? 👀
PSG are reportedly looking at replacing Mbappe with the Everton forward, if Mbappe does leave the club before the end of the transfer window… pic.twitter.com/0i8Be38zcA
— DR Sports (@drsportsmedia) August 24, 2021
Kecederaan bahu yang menimpa Mauro Icardi sehingga menyisihkan penyerang Argentina itu selama 3-4 minggu juga tidak akan membantu situasi di PSG.
Leonardo sedar untuk mengekalkan Mbappe tanpa kerelaan pemain itu juga tidak membawa apa-apa makna. Jika tiada penyelesaian lain yang dapat meyakinkan Mbappe kekal di Ligue 1, jalan selamat untuk PSG ialah dengan mendapatkan seorang penyerang terlebih dahulu sebelum membenarkan Mbappe dijual ke Real Madrid.
Faktor kewangan
Faktor kewangan turut memainkan peranan besar di dalam saga perpindahan ini. Ia tidak menghairankan PSG menolak bidaan pertama berjumlah €160 juta yang ditawarkan Real Madrid.
Di dalam apa-apa urusniaga dan perniagaan, tidak ada sesiapa yang mahu rugi dengan menjual aset mereka di bawah harga kos untuk mendapatkannya.
🚨 Monaco will receive around €35m from any sale of Kylian Mbappé. For that reason Nasser Al-Khelaifi wants to get as much money as possible from Real Madrid. (Source: @AndiOnrubia) pic.twitter.com/TH1aPHhWP2
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) August 24, 2021
Begitu juga situasinya PSG dan Mbappe. Empat tahun lalu ketika mendatangkan Mbappe, PSG terpaksa membayar €145 juta. PSG turut perlu membayar Monaco tambahan €35 juta sekiranya pemain itu menyambung kontrak, atau dijual ke kelab lain – seperti yang termaktub di dalam klausa kontrak Mbappe bersama PSG.
PSG juga sudah pasti akan berusaha untuk mengaut keuntungan dari penjualan Mbappe. Akhbar La Parisien melaporkan Real Madrid harus setidak-tidaknya membayar sekitar €220 juta – jumlah sama PSG bayar untuk mendapatkan Neymar pada 2017 – untuk PSG melepaskan Mbappe.
5 Pemain Remaja Termahal Setakat Ini, Monaco Kelab Penjual Pemain 2 Teratas
Rumusan
Mampukah Real Madrid berbuat demikian? Atau dalam kata lain berbaloikah Real Madrid membayar sehingga €220 juta untuk penyerang berusia 22 tahun itu pada musim panas ini?
Kylian Mbappé wants to join Real Madrid. This summer or next summer as free agent, he wants to make his childhood dream come true. That’s why he’s turning down PSG new contract bids. ⚪️ #Mbappé
NO English clubs in the race. Real offered €160m. NO green light from PSG as of now. pic.twitter.com/TS82SsTOl8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 24, 2021
Pada masa yang sama, Real Madrid masih boleh mendapatkan Mbappe secara percuma pada musim panas akan datang apabila kontrak pemain itu di PSG telah pun tamat.
Real Madrid sememangnya sudah memiliki dana yang mencukupi untuk ,mendatangkan Mbappe pada nilai €220 juta. Tetapi bukankah pelaburan sebanyak itu lebih berbaloi untuk mendapatkan lebih ramai pemain berbanding hanya Mbappe seorang selepas ini?