5 Sebab Mbappe Akan Tinggalkan PSG Dan Sertai Real Madrid Dalam Masa Terdekat

Berita perpindahan Kylian Mbappe ke Real Madrid bukanlah perkara baharu. Ia boleh dikatakan bermula pada 2019, apabila Mbappe cuba menjana perpindahan ke kelab Sepanyol itu dengan menyerahkan transfer request kepada pihak pengurusan PSG.

Khabar angin itu tidak pernah berhenti selepas itu. Namun kali ini ia seolah-olah bakal menjadi kenyaataan walaupun PSG cuba meyakinkan kepada ramai pemain itu akan terus kekal di Ligue 1 pada musim ini.

Berikut adalah lima sebab mengapa kami percaya Mbappe tetap akan membawa diri ke Real Madrid sebelum jendela perpindahan antarabangsa ditutup pada 31 Ogos akan datang.

1. PSG terbuka untuk jual

Kontrak penyerang berusia 22 tahun itu hanya berbaki 12 bulan bersama PSG. Sehingga kini PSG masih lagi gagal memujuk untuk pemain itu terus kekal di Parc des Princes melangkaui musim panas akan datang.

Terbaru, Mbappe telah menolak kontrak lima tahun, dengan pilihan lanjutan setahun dengan jumlah gaji lumayan. Seperti tawaran-tawaran sebelum ini, Mbappe tidak berminat dengan tawaran yang diberikan PSG. Pemain itu telah menolak enam tawaran dari PSG setakat ini.

Perkhabaran terbaharu dari Paris mengatakan PSG kini sudah berputus asa untuk berbuat demikian. Jika situasi ini berterusan sehingga musim panas akan datang, PSG berisiko hilang Mbappe tanpa menjana sesen pun.

Pada masa yang sama perkhabaran ini merupakan berita positif bagi Florentino Perez dan Real Madrid. Membenarkan Mbappe menyertai Real Madrid pada musim panas ini adalah lebih menguntungkan berbanding melepaskan pemain itu pada Januari akan datang.

2. PSG fokus kepada Messi

Mbappe adalah bintang PSG. Tiada pemain walaupun Neymar mampu membayangi pemain itu sebagai bintang utama PSG selama ini. Apatah lagi beliau adalah pemain kelahiran Perancis sendiri.

Siapa pun pemain bintang yang dibawa masuk oleh PSG selama ini, ia tidak akan mampu menggugat Mbappe sebagai bintang utama PSG.

Keadaan kini berbeza dengan ketibaan Messi. Kedatangan kapten Argentina itu kini telah membawa fenomena “Messimania”.

Dari segi imej dan populariti, ia sudah pasti tidak sama lagi buat Mbappe.

3. Hubungan mulai keruh dengan penyokong

Perkhabaran Mbappe enggan menandatangani kontrak baharu bersama PSG tidak diterima baik oleh penyokong PSG.

Ketika PSG mengadakan majlis mengumumkan skuad musim 2021/22 di Parc des Princess, Mbappe disambut dengan laungan “booo” oleh penyokong-penyokong sendiri.

Situasi ini seperti “tidak kena” tatkala spekulasi perpindahan pemain itu ke Real Madrid semakin kencang. Sebaliknya pengumuman nama Messi pula disambut dengan meriah –  menyebabkan keadaan keseluruhan menjadi tegang buat Mbappe.

4. Real Madrid sedia beli

Tidak seperti kebiasaan, Real Madrid agak senyap di pasaran pemain pada musim panas ini. Tidak membeli, sebaliknya Real Madrid telah menjual beberapa pemain setakat ini untuk menjana kewangan. Malah penjualan pemain di Real Madrid sebenarnya sudah bermula sejak musim lalu.

Antara pemain yang telah dilepaskan adalah seperti Raphael Varane (€40 juta), Martin Odeergard (€35 juta), Achraff Hakimi (€41 juta), Sergio Reguilon (€30 juta), dan ramai lagi.

Semua itu dilakukan sebagai persediaan Real Madrid untuk terjun ke pasaran pemain apabila pemain yang sesuai boleh diperolehi.

Kini mungkin masa paling tepat bagi Real Madrid kembali ke pasaran pemain dengan mensasarkan Kylian Mbappe.

5. Mbappe mahu ke Real Madrid

Real Madrid bukan satu-satunya pasukan yang mengintai situasi Mbappe di PSG. Manchester United, Manchester City dan Liverpool turut tidak ketinggalan mengikuti keadaan semasa kontrak pemain itu di PSG.

Kebiasaannya situasi seperti ini akan mencetuskan ‘bidding war’. Atau wakil dari setiap kelab akan datang kepada Mbappe untuk meyakinkan kelab masing-masing adalah pilihan tepat untuk pemenang Piala Dunia itu meneruskan kariernya.

Namun bagi situasi Mbappe dan Real Madrid, pilihan pemain itu sangat jelas. Mbappe mahu beraksi di Real Madrid, dan pemain itu juga menganggap kelab itu sebagai kelab terbaik dunia.

Dengan kata lain, perpindahan ke Estadio Santiago Bernabeu adalah impian yang menjadi kenyataan buat bekas penyerang Monaco itu.

Penutup

Adakah Mbappe akhirnya akan menyertai kelab yang dikaitkan dengan dirinya sejak beberapa musim lalu?

Atau adakah ianya akan terus menjadi khabar angin seperti sebelum ini?

Apa pandangan anda? Wajarkah Mbappe berhijrah ke La Liga pada musim panas ini? Nyatakan pandangan bernas anda melalui platform yang kami sediakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN