5 Pemain Remaja Termahal Setakat Ini, Monaco Kelab Penjual Pemain 2 Teratas

Pemain remaja biasanya dibeli dengan harga rendah. Namun ada beberapa remaja dibeli dengan harga sangat tinggi kerana bakat dan pencapaian mereka. Berikut adalah 5 pemain remaja termahal setakat ini.

5. Luke Shaw – £31 Juta (Southampton Ke Man. United)

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 15: Luke Shaw of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Stoke City at Old Trafford on January 15, 2018 in Manchester, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Beliau diberikan jolokan Ashley Cole baru ketika United mendapatkan beliau dengan nilai £31 juta mengatasi harga Wayne Rooney ketika remaja.

Sehingga ke hari ini Luke Shaw masih gagal menjadi pemain utama dalam skuad United. Isu kecederaan, dan konsistensi adalah isu utama Shaw.

4. Lucas Moura – £38 juta (Sao Paulo ke PSG)

Aksi cemerlang bersama Brazil telah menarik perhatian PSG yang menjangkakan pemain ini akan menjadi mega star. Namun malangnya beliau gagal menyaingi bintang lain di PSG yabg sarat dengan kualiti.

Beliau baru sahaja berpindah ke Spurs dengan nilai lelong £25 juta. Beliau mengharapkan akan ada kebangkitan dalam karier di Spurs. Kita semua masih menunggu beliau melakukan debut untuk kelab baru beliau.

3. Vinicius Junior – £39.6 juta (Flamengo ke Real Madrid)

Wonderkid Brazil

Real Madrid melakukan perpindahan dianggap mengejutkan. Jumlah tinggi itu dibayar kerana ia adalah klausa perlepasan pemain B-17 Brazil tersebut.

Ketika Real Madrid membayar klausa perlepasan tersebut, pemain ini tiada penampilan dengan pasukan senior. Namun selepas itu beliau menjadi pemain utama kelab. Perjanjian tersebut hanya membolehkan Vinicius selepas berusia 18 tahun.

2. Anthony Martial – £45 juta (Monaco ke Man. United)

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

United asasnya membayar £36 juta namun kos keseluruhan adalah £45 juta. Pemain yang sudah menjadi kegemaran di Old Trafford. Namun Martial masih bergelut untuk menjadi pemain utama setiap minggu di Man. United.

Anthony Martial kini disaingi bukan sahaja Marcus Rashford malah Alexis Sanchez dan Jese Lingard.

1. Kylian Mbappe – £135 juta (Monaco ke PSG)

Mbappe

Anda pasti sudab tahu. Ini dianggap angka paling ‘gila’ dalam pasaran perpindahan melibatkan pemain remaja.

Mbappe menjadi sasaran PSG selepas cemerlang membantu Monaco menjuarai Ligue 1. Beliau adalah pemain paling dikehendaki dalam pasaran.

Lalu PSG meletakkan tawaran yang tak mampu ditolak atau disaingi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN