Penyerang berpengalaman AC Milan, Zlatan Ibrahimovic nyata berang dengan tindakan pengeluar permainan video terkenal, EA Sports yang dikatakan menggunakan wajah dan nama pemain berusia 39 tahun itu tanpa pengetahuannya dalam siri terbaharu permainan FIFA 21.
Ibrahimovic yang sudah meledakkan 10 gol dalam kempen Serie A setakat ini menegaskan dirinya tidak pernah memberikan keizinan kepada pihak terbabit untuk menggunakan hak berkaitan dengannya.
Menurut sumber Sky Sports, pihak EA Sports mengesahkan pihak mereka mendapat hak untuk menggunakan wajah beberapa pemain melalui Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro).
Bagaimanapun, penyerang berusia 39 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah memberikan keizinan buat dua organisasi tersebut bagi menggunakan wajahnya untuk tujuan komersial.
Ejen Ibrahimovic, Mino Raiola turut menjelaskan FIFPro dan AC Milan juga tidak mempunyai hak individu terhadap pemain mereka.
Who gave FIFA EA Sport permission to use my name and face? @FIFPro? I’m not aware to be a member of Fifpro and if I am I was put there without any real knowledge through some weird manouver.
And for sure I never allowed @FIFAcom or Fifpro to make money using me— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) November 23, 2020
Kemarahan itu diluahkan oleh Ibrahimovic menerusi ciapan di laman Twitter peribadi miliknya yang dimuat naik semalam.
”Siapa yang memberikan kebenaran kepada FIFA EA Sport untuk menggunakan nama dan juga wajah saya? FIFPro?”
”Saya tidak sedar adakah saya merupakan ahli FIFPro dan jika saya adalah seorang ahli, saya berada di sana tanpa pengetahuan sebenarnya dan ia sesuatu yang pelik.”
”Dan sudah pasti saya tidak pernah membenarkan FIFA atau FIFPro untuk membuat duit dengan menggunakan identiti saya.”
”Seseorang sedang menjana keuntungan dengan menggunakan nama dan wajah saya tanpa sebarang persetujuan selama ini. Inilah masa untuk membuat siasatan.”
Dalam perkembangan sama, pemain Real Madrid yang dipinjamkan ke Tottenham Hotspur, Gareth Bale turut memberikan respon terhadap ciapan dari Ibrahimovic yang kelihatan sinis dengan mengatakan:
”Menarik. Apa itu FIFPro? #TimeToInvestigate.”
Kredit featured image: Sportinfoto/DeFodi Images via Getty Images
Baca artikel lain dari kami tentang Zlatan Ibrahimovic dan EA Sports:
EA Sports Perjelas ‘Kisah Sentimental’ Fratton Park Di Dalam Permainan FIFA