Benjamin Mendy Bakal Tinggalkan ‘Prison FC’

Benjamin Mendy

Bekas pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy didapati tidak bersalah dalam tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita.

Sebelum ini, Mendy dihadapkan ke mahkamah selepas dituduh merogol seorang wanita berusia 24 tahun di rumah agam bernilai jutaan Pound pada Oktober 2020.

Bukan itu sahaja. pemain tersebut turut dituduh melakukan jenayah rogol terhadap seorang wanita berusia 29 tahun pada 2021.

Menurut laporan Sky News, Mendy dikatakan menitiskan air mata selepas pihak juri mendapati beliau tidak bersalah dalam dua pertuduhan tersebut.

Pihak juri yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan sepakat untuk tidak menghukum Mendy dengan lebih teruk lagi selepas mereka mendapati pemain itu sebenarnya berjumpa dengan mangsa secara suka sama suka.

Keputusan yang diambil oleh juri itu bukannya susah, mereka cuma berbincang secara singkat sebelum memilih untuk melepaskan Mendy dari segala pertuduhan.

Mendy kemudiannya keluar dari premis mahkamah dengan penuh tangisan sambil memeluk rakannya yang berada di sana untuk menyokongnya.

“Pihak Benjamin Mendy ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para juri kerana menfokuskan bukti dalam perbicaraan ini berbanding khabar angin yang mengiringi kes ini.

“Mendy kekal kuat selama tiga tahun ini sejak polis mula melakukan siasatan terhadap kes ini tetapi kesan daripada perkara ini cukup hebat untuk dirinya.

“Ini adalah kali kedua yang Mendy telah dibicarakan dan didapati tidak bersalah oleh juri. Saya gembira yang pihak juri mencapai keputusan yang tepat,” kata wakil pihak Mendy.

Dengan keputusan ini, Mendy boleh meninggalkan ‘Prison FC’ dan kembali semula ke padang untuk memulakan semula kariernya dalam bola sepak.

Mendy dilepaskan oleh Manchester City pada Jun lalu selepas kontraknya dengan johan Premier League itu tamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN