Habib Haroon Mahu Terengganu Berdepan PDRM Umpama Aksi Final

Habib Haroon menjadi salah seorang pemain Terengganu kini yang paling bersemangat untuk menghadapi aksi Liga Super 2023 seterusnya berdepan cabaran PDRM.

Terengganu bakal berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam esok dalam misi mereka untuk kembali memburu tiga mata penting setelah sekadar terikat seri ketika berdepan Kuala Lumpur City (KL City).

Berdepan PDRM, pastinya ia bukan suatu tugas yang mudah kerana pasukan tersebut sebelum ini berjaya mengejutkan banyak pasukan elit serta menggagalkan usaha kemenangan dicari lawan.

Tambahan pula, Terengganu pastinya berdepan sedikit kesukaran kerana bakal beraksi di gelanggang lawan yang menjadi kubu kuat mereka sejak awal musim ini.

Habib sendiri mengakui PDRM menjadi antara pasukan yang begitu sukar ditewaskan pada musim ini menerusi keputusan-keputusan lalu dicatat oleh Sang Saka Biru.

Malah, Terengganu sendiri hanya mampu mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika beraksi di laman sendiri pada pusingan pertama lalu ketika menentang PDRM menerusi jaringan tunggal diledak oleh Sardor Kulmatov.

Jelas pemain tengah berpengaruh dari Bahrain itu, PDRM menjadi antara pasukan yang sangat kebal di benteng pertahanan serta tidak banyak dibolosi musim ini.

Walaupun begitu, Habib kekal optimis Terengganu mampu untuk melakar kejayaan menerusi kemenangan pada aksi tersebut unfuk memastikan tiga mata menjadi milik Sang Penyu.

Tambahan pula, Terengganu kini juga mendapat tonik terbaik di posisi serangan selepas mereka mengikat pemain import terbaharu iaitu Nurillo Tukhtasinov pada Selasa lalu untuk mengukuhkan kelab.

“Kami sedar PDRM bukannya sebuah skuad yang mudah untuk dijinakkan, mereka pernah menumpaskan beberapa pasukan terbaik dalam saingan liga selain kesukaran beberapa pasukan untuk ‘makan’ ke atas pasukan itu.

“Skuad kami juga berdepan dengan situasi sama pada aksi pusingan pertama di Kuala Terengganu selepas hanya menang 1-0 ketika pasukan itu beraksi dengan sepuluh pemain sesudah penjaga gol mereka (Ramadhan Ab Hamid) dilayangkan kad merah.

“Tapi saya ingatkan kepada rakan sepasukan perlu beraksi bagaikan pentas akhir dalam setiap perlawanan bagi menambah lagi keyakinan ketika beraksi,” kata pemain tengah itu menerusi laporan daripada Harian Metro.

Selain Habib, dijangka pengendali utama Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner juga bakal menurunkan beberapa lagi tonggak mereka seperti Sony Norde, Ivan Mamut, serta ramai lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN