Bengang Diberikan Kad Merah, Pemain Ini Menjadi Pembunuh Tanpa Niat

Pengadil adalah satu profesion yang sentiasa menjadi mangsa kepada ketidakpuasan hati oleh pihak yang merasakan keputusan tidak memihak kepada mereka.

Namun sebagai manusia, kita kenalah ada pertimbangan dan akal (common sense) dalam mengawal emosi bila menerima sesuatu yang tidak memihak kepada kita.

Minggu lalu, di Algeria pengadil mengalami kecederaan serius dan hampir meninggal dunia selepas ditanduk (head butt) oleh penyokong.

2 minggu sebelum itu seorang pemain pertahanan Liga Brazil, selepas menyerang pengadil di dalam padang, dia menyerang sekali lagi pengadil tersebut sehingga ke rumah kerana tidak berpuas hati rakannya diberikan kad merah.

Insiden Amigos Del Balon

Dalam perlawanan liga amatur di Mexico, Victor Trejo ditugaskan untuk mengadili perlawanan tersebut yang berlangsung di padang Amigos Del Balon ataupun terjemahannya, Rakan Bola Sepak.

Beliau telah menghadiahkan kad merah kepada pemain kelab Canarios-Roja Gomez, iaitu Ruben Vazquez. Bengang dengan keputusan pengadil, Ruben telah menanduk pengadil tersebut dan menyebabkan kecederaan kepala.

r3

Permainan terhenti dan penyokong serta pemain-pemain di dalam padang bergegas cuba memberikan bantuan kecemasan. Mereka memanggil ambulans.

Mereka mulanya menyangka Trejo hanya pengsan. Namun pihak perubatan mengesahkan pengadil tersebut meninggal dunia selepas denyutan nadi beliau terhenti.

r2

Pihak kecemasan hospital mengeluarkan laporan, kematian Trejo kerana pendarahan yang teruk di bahagian otak dan menggambarkan kepala Terjo seperti ‘meletup’ kerana hentakan tersebut.

Pemain tersebut dikatakan masih menyembunyikan diri. Pihak polis giat mengesan tempat persembunyian Ruben Vazquez.

Diharap peristiwa ini dijadikan pengajaran oleh semua pihak. Kecederaan kepala bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Emosi yang terlalu marah dan tidak dapat dikawal adalah merugikan diri sendiri.

Baca juga : Jika Tak Jadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Mungkin Sudah Jadi Pemilik Rangers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN