Quantcast
Penonton Menawarkan Diri Menjadi Pembantu Pengadil Demi Selamatkan Perlawanan
BERITA

Penonton Menawarkan Diri Menjadi Pembantu Pengadil Demi Selamatkan Perlawanan

Friday, 11 Nov 2016

Perlawanan EFL Checkatrade Trophy antara Newport County menentang AFC Wimbledon berlangsung sebagaimana biasa sehinggalah pengadil perlawanan cedera.

Pengadil, Andy Davies (gambar) cedera di hamstring pada perlawanan tersebut dan tidak dapat meneruskan tugasan beliau.

r4

Pembantu pengadil menggantikan pengadil yang cedera. Tetapi siapakah pula akan menjadi pegawai keempat perlawanan yang menguruskan pertukaran pemain dan masa kecederaan?

Lantas, Newport County mengumumkan perkara ini di laman Twitter kelab. Akhirnya, muncul seorang penonton tuan rumah membantu untuk memulihkan keadaan.

newp

Seorang penyokong yang memiliki lesen pengadilan telah membantu untuk mengelakkan perlawanan itu daripada dihentikan.

Usaha itu dihargai oleh semua pihak kerana bukan tidak perlu balik hampa kerana perlawanan tidak berlangsung penuh lebih-lebih lagi Newport berjaya menang 2-0 dalam perlawanan tersebut. Ia juga soal kos.

Seramai 368 penonton menghadiri perlawanan tersebut. Salah seorang daripadanya ialah Neil Warnock, pengurus Cardiff City. Rupa-rupanya Neil Warnock juga seorang pengadil yang berkelayakan.

Juruhebah perlawanan, Tim Thraves dari BBC Wales memberitahu mereka juga sedar Neil Warnock ada menonton perlawanan tersebut. Tetapi, mereka mengambil keputusan untuk tidak memanggil beliau sebagai pengadil.

Sejarah Memang Boleh Berulang

Tahun lalu, perlawanan League Two antara Newport menentang Portsmouth telah menyaksikan kejadian sama.

Pengadil, James Adcock cedera pada separuh masa pertama. Pembantunya, Wayne Barratt (bukan Wade Barrett, penggusti WWE) menggantikan tempatnya.

Juruhebah perlawanan mengumumkan sesiapa mempunyai kelayakan pengadilan agar memunculkan diri. Seorang jurutera daripada Tentera Laut Diraja British, Mike Hurdle (gambar di bawah, dua dari kiri) menyahut panggilan tersebut.

Pada mulanya, Mike menyangka ia satu gurauan. Sebenarnya Mike merupakan pengadil bagi perlawanan ‘Sunday league’.

nep

Mike merupakan penyokong Portsmouth diminta menyalin baju agar supaya lebih neutral.

Mike dijadikan pegawai keempat perlawanan. Lebih pelik apabila pasukan teknikal Pompey mempersoalkan tindakan beliau memberikan 4 minit masa kecederaan.

Mike memberitahu:

“Saya tidak buat apa-apa untuk mempengaruhi permainan. Saya menjalankan tugas saya kerana saya bukan lagi penyokong apabila memakai pakaian tersebut.”

Nampak gayanya mana-mana pengadil yang akan mengadili perlawanan di Newport mesti menjaga kesihatan dengan baik!

Baca juga : Bengang Diberikan Kad Merah, Pemain Ini Menjadi Pembunuh Tanpa Niat

Rujukan

  1. BBC Sports
Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik