“Beliau Perlu Siapkan Laporan Keseluruhan” – FAM Pertimbang Masa Depan Maloney Bersama Skuad Negara

Ekoran prestasi hambar yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) dalam beberapa siri kejohanan antarabangsa, kini nasib Brad Maloney terletak kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menilai kembali keupayaan pengendali tersebut dengan lebih teliti.

Menurut laporan, setelah Maloney selesai menyiapkan laporan lengkap prestasi pasukan dan diserahkan kepada Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dalam masa terdekat maka nasib pengendali tersebut bakal diketahui secara rasmi.

Menurut Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, beliau menjelaskan laporan keseluruhan prestasi skuad muda negara itu perlu disediakan oleh Maloney dengan merangkumi tiga kejohanan yang telah dilalui mereka setakat ini.

Tiga kejohanan tersebut merupakan saingan Piala AFF di Kemboja, Temasya Sukan Sea di Vietnam lalu, serta kejohanan Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan.

Tambah Saifuddin, hasil laporan tersebut akan dibawa sendiri oleh O’Donell sebelum segalanya dibincangkan dalam satu mesyuarat khas pengurusan skuad kebangsaan pada satu tarikh tetap.

“Laporan yang akan dibuat beliau (Maloney) bukan saja mengenai Piala Asia, tetapi juga pencapaian daripada awal tahun bermula dari di Kemboja.

“Dari situ laporan akan diserahkan kepada Pengarah Teknikal untuk dinilai dan kemudian dibentangkan dalam mesyuarat. Jadi kita bukan hanya melihat di Piala Asia saja, tapi juga pencapaian di Piala AFF dan Sukan Sea,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Nama Maloney terus mendapat perhatian pemerhati bola sepak negara setelah beliau gagal untuk meraih sebarang kemenangan sekali gus tidak ada sebarang mata dalam peringkat kumpulan dalam aksi Piala Asia B-23 baru-baru ini.

Skuad muda kebangsaan ketika itu gagal untuk memberi sebarang saingan apabila tewas kepda juara bertahan, Korea Selatan sebelum turut mengalami kekalahan kepada Thailand serta Vietnam.

Sebelum itu, Maloney juga mula mendapat kritikan keras setelah aksi longlai dipamerkan oleh anak buah beliau ketika dalam aksi Piala AFF di Kemboja setelah Malaysia tewas dua kali kepada Laos serta terkandas di peringkat kumpulan.

Ketika ramai pihak menyangkakan kebangkitan baharu skuad kendalian Maloney ini dalam temasya Sukan Sea, nyata Malaysia terus dirundung keputusan negatif apabila gagal untuk memperoleh sebarang pingat di Vietnam.

Kontrak Maloney ketika ini dilihat masih lagi berbaki sehingga bulan Disember 2023 dengan pengendali dari Australia itu mempunyai misi seterusnya untuk mempersiapkan skuad B-23 negara ke saingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 setelah dijangka bakal bermula pada tahun hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN