Dalam usaha untuk memantapkan kembali posisi pertahanan yang agak rapuh pada awal musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Kedah Darul Aman (KDA) mengambil langkah pantas dengan menandatangani bekas tonggak Melaka United iaitu Akmal Zahir.
Akmal yang merupakan pemain kelahiran Alor Star, Kedah menjadi pemain terbaharu menyertai skuad kendalian Aidil Sharin Sahak setelah jendela perpindahan kedua dibuka minggu lalu bagi memperkukuhkan jentera pertahanan kelab tersebut.
Menurut Rodney Celvin, beliau menyifatkan Akmal mampu memberi gandingan terbaik bersama dirinya selaku pertahanan KDA selepas ini dalam perlawanan akan datang.
Our #LS3 man of the match!
RODNEY CELVIN AKWENSIVIE #3 pic.twitter.com/VVOJRL3GDD
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2022
Kehadiran Akmal nyata memberi khabar gembira buat Rodney dan berharap dirinya mampu membentuk keserasian secepat mungkin bersama bekas pertahanan Melaka United itu untuk memastikan posisi mereka tidak lagi bocor sewenang-wenangnya.
OUR NEW BLOOD, MOHD AKMAL MD ZAHIR!
Selamat datang kepada Mohd Akmal Md Zahir, pemain pertahanan berusia 28 tahun ini berasal dari Pendang Kedah. pic.twitter.com/MJMbA2fmwl
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 5, 2022
Tambah Rodney, beliau melihat Akmal sebagai seorang salah seorang pemain pertahanan yang cukup bagus dan mampu memberi impak secepat mungkin buat pasukan sebaik sahaja liga kembali bersambung.
“Untuk baki perlawanan akan datang, saya rasa dia (Akmal) boleh beraksi sepertimana dia pernah beraksi dengan Melaka.
“Kita tahu dia pun merupakan pemain pertahanan yang cukup baik jadi saya harap apabila dia dah datang sini (Kedah), aksi terbaik dapat dilakukan.
“Saya pula percaya saya dengan dia dapat bekerjasama dengan lebih baik untuk sama-sama bantu pasukan”, katanya menerusi laman rasmi MFL.
Untuk rekod, KDA setakat ini menduduki tangga keempat saingan Liga Super dengan mengutip 14 mata dengan mencatat empat kemenangan, dua seri, dan tiga kekalahan.
🟢🟡 56' GOL! Rodney menyambar peluang terhidamg di depan gol. 1-0
KDA FC 1-0 SRI PAHANG FC
⚽ 56' Rodney Celvin KDA FC
Pautan LIVE https://t.co/Z53C1S7OVM#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #LS3 #KDASRP pic.twitter.com/rsMbd0gxpA
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2022
Kelab tersebut juga mencatat keputusan bolos paling banyak dalam saingan liga musim ini bersama-sama Sarawak United apabila masing-masing melepaskan 17 gol.
“Sekarang nampak jurulatih lebih fokus kepada aspek taktikal yang lebih baik untuk pemain lebih faham apa yang diinginkan.
“Mestilah kita nak menang dan kami pun sentiasa berbincang dekat sini bagaimana untuk bangkit balik lepas tak menang dalam empat perlawanan sebelum ini.
“Untuk saya, konsisten di atas padang sangat penting untuk kami terus meraih keputusan positif”, tambah Rodney.