Piala Asia B-23: Bagaimana Malaysia Boleh ‘Malukan’ Vietnam Dalam Aksi Terakhir Peringkat Kumpulan C

Walaupun skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) secara rasminya sudah tersingkir dalam saingan Piala Asia B-23 musim ini di peringkat kumpulan, mereka masih mempunyai peluang untuk sekurangnya meraih tiga mata pertama malam ini menentang Vietnam.

Vietnam pula pastinya hadir dengan misi untuk  turut mencatat kemenangan mengatasi Malaysia dalam usaha mereka untuk mengintai ke slot peringkat seterusnya setelah kini Thailand dan Korea Selatan menerajui Kumpulan C dengan masing-masing mengutip empat mata.

Malaysia yang tampil dengan dua kekalahan berturut-turut gagal untuk meraih sebarang pungutan mata dan pertemuan menentang Vietnam ini pastinya ingin digunakan sebaik mungkin untuk skuad kendalian Brad Maloney ini memungut sekurangnya satu mata dan tidak sekadar pulang dengan tangan kosong.

Meskipun agak sukar, segalanya tidak mustahil jika skuad muda negara ini mempamerkan aksi yang mantap ketika bertemu Thailand lalu menerusi penguasaan bola yang baik.

Dalam aksi tersebut, Malaysia berjaya untuk sesekali menguasai perlawanan serta mengatasi lawan daripada mengawal permainan sepanjang 90 minit.

Masalah skuad kendalian Maloney ketika itu, mereka tidak kreatif untuk mencipta peluang ke arah gol selain ketumpulan yang agak menonjol di bahagian serangan dengan gerakan-gerakan agak mudah dijangka pertahanan Thailand.

Pemain serangan yang dimiliki oleh pengendali dari Australia itu ketika ini ialah Danial Asri, Hadi Fayyadh, Luqman Hakim, dan Azfar Fikri untuk menjalankan tugas selaku penggempur utama pasukan.

Gandingan Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh perlu memainkan peranan lebih baik selain mengukuhkan persefahaman antara mereka di atas padang sekiranya ingin merobek gawang gol Vietnam malam ini.

Kedua pemain tersebut jelas buntu untuk mendapatkan gol dan tidak ada sebarang perubahan boleh diharapkan selepas aksi Sukan SEA lalu selain mendapat banyak kritikan pemerhati bola sepak negara.

Vietnam pula ketika ini sudah pun bolos tiga gol daripada dua perlawanan dan ini sedikit sebanyak membuktikan mereka tidak begitu kebal di posisi tersebut untuk diberi perhatian buat pemain serangan negara mengambil peluang tersebut.

Jika Malaysia mampu memenangi perlawanan malam ini, maka ia bakal memberi tamparan besar buat Vietnam yang tidak dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya selain gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi Piala Asia edisi 2022.

Setakat ini, lawan hanya memungut dua mata keseluruhan daripada dua perlawanan apabila sekadar mencatat keputusan seri sewaktu menentang Thailand dan Korea Selatan.

Mereka memerlukan kemenangan sekurangnya empat gol ketika mengatasi Malaysia sekiranya ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya sambil berharap pada keputusan antara Korea Selatan menentang Thailand sekadar seri tanpa jaringan atau 1-1.

Apapun, skuad muda kebangsaan perlu sekurangnya untuk merekodkan keputusan positif malam ini agar kemarahan para penyokong kembali reda setelah beberapa siri kegagalan dipamerkan oleh mereka dalam kejohanan sebelum itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN