Bekas Penyerang Inter Dan Pertahanan Sao Paulo Antara Senjata Utama Sabah

Sabah terus serius mempersiapkan barisan pemain menjelang pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal berlangsung tidak lama lagi dengan berjaya menandatangani tiga lagi pemain import untuk melengkapkan kuota yang telah dibenarkan.

Semalam laman rasmi Facebook Sabah telah pun memperkenalkan tiga tonggak yang bakal memperkuatkan pasukan mereka iaitu, Jackson De Souza dari Brazil yang akan beraksi sebagai pertahanan, Taiki Kagayama yang mengisi slot Asia beraksi selaku penyerang, serta Altemir Cordeiro Pessoa Neto dari Brazil yang turut beraksi sebagai penyerang.

Untuk rekod, de Souza pernah beraksi bersama kelab Sao Paulo yang juga antara pasukan terkemuka di Brazil pada awal karier sekitar tahun 2008 hingga 2011.

Selain itu pertahanan ini juga mempunyai pengalaman beraksi di Portugal untuk mewakili pasukan Palmeiras dan menjadi antara pemain yang membantu kelab tersebut menjuarai Copa do Brasil pada musim 2015.

Pada musim 2019, de Souza beraksi di Fortaleza selama tiga musim sebelum hadir ke Malaysia bagi mewakili Sabah untuk musim ini.

Penyerang baharu Sabah, Neto juga berasal dari Brazil dan sepanjang karier beliau sebelum ini hanya beraksi di liga negara kelahirannya dengan pelbagai kelab diwakili.

Neto memulakan karier bersama kelab Placido de Castro pada musim 2013 dan seterusnya mula berpindah randah pasukan dan Remo menjadi destinasi terakhirnya di Brazil sebelum ditandatangani Sabah.

Bersama Remo pada musim lalu, Neto berjaya meledak 10 gol keseluruhan daripada 15 penampilan pada musim 2021.

Penyerang yang bakal berpasangan bersama Neto pula merupakan pemain Jepun iaitu Taiki Kagayama yang baru berusia 26 tahun.

Penyerang yang mengisi slot Asia ini pernah beraksi di Finland sejak musim 2019 bagi mewakili tiga pasukan berbeza.

Bersama Inter Turku musim lalu, pemain ini meledak 8 gol sepanjang 44 penampilan bersama kelab. Taiki juga memulakan karier sekitar tahun 2015 bersama Kansai University sebelum berhijrah ke Finland.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Setakat ini Sabah telah pun melengkapkan lima pemain import mereka dengan turut mengekalkan Park Tae-soo dari Korea Selatan serta Saddil Ramdani yang mengisi slot asean dari Indonesia.

Sabah juga antara pasukan yang dilihat menjadi tumpuan apabila sebelum itu menandatangani ramai bintang tempatan seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Dominic Tan, dan Khairul Fahmi Che Mat bagi memperkuatkan pasukan.

Skuad ini juga mendapat sentuhan daripada pengendali berpengaruh Malaysia, Datuk Ong Kim Swee untuk membuktikan mereka serius mahu mencabar kejuaraan Liga Super musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN