‘Time Traveler’ Dakwa England Akan Julang Piala Dunia 2022 Di Qatar

England Gareth Southgate Piala Dunia time traveler

Seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya pengembara masa atau ‘time traveler’ cuba membuktikan yang dirinya tidak menipu dengan dakwaan England akan menjulang kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dengan nama @timetraveler2743, pengguna TikTok itu sebelum ini telah membuat beberapa posting mengenai kejadian-kejadian yang akan berlaku kepada dunia di masa akan datang bermula daripada tahun ini iaitu 2022.

Posting pertamanya bermula pada 19 Januari lalu dengan dakwaan tentang kemangkatan Queen Elizabeth II pada tahun 2022 disebabkan kanser pankreas yang selama ini dikatakan tidak didedahkan kepada umum.

https://www.tiktok.com/@timetraveler2743/video/7055772090514869510?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7059194312886011393

Dan pada posting ke-7, beliau memuat naik video dengan prakata, “Ya, saya pengembara masa yang sebenar. Banyak orang masih tidak percayakan saya, jadi saya akan membuktikannya kepada semua orang sekarang.”

Video tersebut berlatar belakangkan penyokong yang sedang bersorak dan bernyanyi di stadium bola sepak.

“Hari ini saya akan dedahkan siapa yang akan memenangi kejuaraan Piala Dunia 2022. Ini akan menghapuskan sebarang keraguan yang masih bersisa pada anda. Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar nanti akan menemukan England dan Perancis,” ujar ‘time traveler’ itu bersama keputusan perlawanan.

Menurutnya, England akan menang ke atas Perancis dengan keputusan 5-2 dan dijulang sebagai juara dunia edisi 2022. Tambahnya lagi, Harry Kane akan diangkat sebagai penyerang terbaik dan Phil Foden pula pemain muda terbaik kejohanan. “Ingatlah, kerana ini akan mengesahkan kebenaran saya kepada semua,” ujarnya.

Ini merupakan satu-satunya posting pemilik akaun itu mengenai bola sepak, sementara posting lain lebih kepada kejadian-kejadian yang didakwanya akan berlaku di seluruh dunia antaranya kemusnahan alam.

Menulusuri komentar daripada pengikut dan pengguna TikTok lain di video tersebut, menariknya ramai yang tidak bersetuju mengenai dakwaannya itu. Antaranya  seperti pemilik akaun bernama Dominique Mario Smit yang berkata, “Saya percayakan anda sehinggalah anda katakan yang England akan memenangi Piala Dunia.”

“Adakah anugerah penyerang terbaik itu wujud? Anugerah penjaring terbanyak ada lah,” titip Connor Little46.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Apa yang pasti, Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar akan membuka tirai pada November sehingga Disember depan. 14 pasukan telah mengesahkan tiket untuk ke pusingan akhir antaranya termasuklah England dan Perancis – yang didakwa merupakan dua pasukan yang bakal melangkah ke pentas akhir Disember nanti.

Sebenarnya akaun-akaun TikTok dengan genre pengembara masa atau ‘time traveler’ ini telah tumbuh bagai cendawan dengan pelbagai gaya penyampaian. Antaranya @unicosobreviviente, yang menggunakan kaedah penceritaan yang beliau ‘tersekat’ di tahun 2028 berseorangan di dunia selepas dunia dilanda apokalips.

Terpulang kepada kita sebagai pengguna sama ada mahu percaya atau anggapnya sebagai sebuah hiburan.

Namun, perkara ini tidak disokong dengan fakta. Dan ini bukanlah ‘time travel’ tetapi lebih kepada peramal.

Agaknya, boleh atau tidak kita tanyakan kepadanya sama ada, Malaysia layak ke saingan Piala Asia 2023?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN