Bekas Penyerang Import JDT Sambung Kontrak Baharu Bersama Persis Solo

Bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez terus mendapat kepercayaan dalam saingan Liga 1 Indonesia selepas kontrak beliau disambung oleh pengurusan kelab untuk saingan musim hadapan.

Rodriguez bukan lagi satu nama yang asing dalam dunia bola sepak Indonesia, setelah beliau pernah mencipta nama bersama Mitra Kukar pada tahun 2018, sebelum menyertai Kedah Darul Aman (Kedah).

Selepas cemerlang berkhidmat untuk Kedah selama satu musim, beliau menandatangani kontrak baharu bersama JDT sebelum kembali ke saingan Liga 1 Indonesia untuk menyertai Persis Solo.

Walaupun begitu, Rodriguez mengalami fasa sukar pada awal permainan beliau bersama Persis Solo selain agak tumpul untuk menghasilkan gol.

Namun segalanya tampil lebih baik, selepas pemain kelahiran Sepanyol itu mula menyesuaikan diri dengan positif serta menjadi antara peledak paling konsisten buat kelab tersebut.

Menurut pengarah teknikal kelab iaitu Edwin Klok, beliau mengakuo Rodriguez pada awalnya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Persis Solo selain dihambat isu kecederaan.

“Pada awalnya, Rodriguez memang mengalami saat-saat sukar bersama Persis Solo untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan oleh jurulatih.

“Selain itu, beberapa isu teknikal juga membelenggu pemain berusia 36 tahun itu selain turut mengalami kecederaan yang membantutkan aksinya bersama kelab.

“Namun, Rodriguez mula mempamerkan perkembangan sangat positif ketika menuju penghujung musim untuk membuktikan ketajaman sebagai penyerang untuk mencatat gol,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Untuk rekod, Rodriguez berjaya meledak 10 gol secara keseluruhan pada musim lalu selepas beraksi dalam 26 perlawanan bersama Persis Solo dalam saingan liga tersebut.

Pada masa sama, Edwin Klok turut memuji sikap profesional dimiliki oleh Rodriguez yang turut menyumbang kepada pembangunan penyerang-penyerang muda tempatan kelab tersebut.

Untuk musim baharu akan datang, Rodriguez turut ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada penyerang muda pasukan tersebut tampil lebih berkualiti sehingga mendapat panggilan skuad kebangsaan.

Persis Solo menjadi antara kelab yang kaya dengan barisan pemain muda berbakat, dan salah seorangnya merupakan penyerang muda Indonesia iaitu Arkhan Kaka Putra Purwanto.

“Fernando tidak hanya penting di atas padang, tetapi beliau juga mempamerkan sisi profesional cukup tinggi ketika sesi latihan berlangsung.

“Dia dapat menjadi salah seorang pemain contoh terbaik kepada generasi baharu yang ada bersama Persis Solo seperti Arkhan Kaka,” jelas beliau akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN