Bekas Pemain Bayern Munich Antara Bakal Sertai Posisi Serangan Filipina

Filipina jelas tidak mahu terus menjadi pasukan belasahan di saingan antarabangsa, apabila negara tersebut kini turut giat mendapatkan lebih ramai pemain warisan di segenap posisi.

Ketika ini, laporan menyatakan pasukan tersebut mungkin bakal membawa lapan pemain warisan baharu untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas tampil dengan aksi tidak memberansangkan selama beberapa musim, kini tiba masanya untuk Filipina kembali memperbaiki segalanya dengan muka-muka baharu bakal mengisi pasukan tersebut.

Selaku salah satu pasukan paling berpengaruh di Asia Tenggara suatu ketika, menjadi keutamaan buat pengendali baharu mereka iaitu Tom Saintfiet untuk kembali memperbaiki strutur bola sepak kebangsaan Filipina.

Apatah lagi mereka bakal mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya tidak lama lagi untuk berdepan cabaran Vietnam serta Indonesia di gelanggang lawan.

Rekod terdahulu menyaksikan Filipina hanya memperoleh sekali keputusan seri dan selebihnya mencipta kekalahan untuk berada di dasar Kumpulan F.

Berbekalkan dua sahaja lagi perlawanan di peringkat kumpulan, pastinya Tom sedang mempersiapkan segala yang termampu untuk memastikan keputusan positif dapat diperoleh di pentas antarabangsa.

Menerusi laporan daripada Bola.com juga menyatakan pengendali dari Belgium itu kini sedang berusaha untuk membawa masuk beberapa lagi pemain warisan berkualiti demi memperkukuhkan Filipina.

Sekurang-kurangnya, lapan pemain warisan baharu kini sudah pun dilaporkan bersedia untuk mewakili Filipina bagi mengharungi aksi kebangsaan yang akan berlangsung nanti.

Antaranya ialah bekas pemain sayap Bayern Munich iaitu Raphael Obermair, Anthony Markanich, Josep Bacaay, Zico Bailey, Dylan Demuycnk, Johannes Selven, dan beberapa lagi muka baharu.

Tom juga dikatakan telah pun memantau para pemain itu sendiri di Jerman serta Amerika Syarikat dan kini proses pendaftaran mereka juga hampir selesai dan berpeluang mencipta penampilan bertemu Vietnam serta Sang Garuda.

“Proses tersebut kini sudah pun memasuki 90% dan secara dasarnya mereka sudah pun boleh bersiap sedia untuk mengharungi perlawanan pada Jun akan datang,” jelas Tom menerusi Bola.com.

Terdahulu, beberapa pemain warisan Filipina sudah pun membuktikan keupayaan mereka seperti Mike Ott, Neil Etheridge, Sebastian Rasmussen, dan lain-lain lagi.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN