RASMI: Kelantan Tarik Diri Untuk Sertai Saingan Liga A1 Semi-Pro

Teka teki mengenai kehadiran Kelantan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro terjawab apabila mereka dengan rasminya menarik diri setelah beberapa kali diberi masa untuk menyelesaikan segalanya.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri melalui media rasmi pasukan berkenaan di media sosial dengan pasukan itu sah tidak akan membuat kemunculan pada musim terbaharu saingan Liga A1.

“Kelantan FC dengan ini mengumumkan penarikan diri pasukan dari Liga A1 Semi-Pro dibawah Pertandingan MBSB Bank Championship 2024.

“Keputusan ini dibuat setelah beberapa penilaian dan pertimbangan teliti dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.

“Terlebih dahulu, Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Amateur Football League (AFL) di atas persetujuan dan penerimaan untuk pasukan Kelantan FC beraksi di Liga A1 Semi-Pro dibawah pertandingan MBSB Bank Championship Musim 2024.

“Walaubagaimanapun, selepas pertimbangan yang teliti, keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman pasukan seperti menyelesaikan baki gaji pemain musim lepas yang masih tertunggak serta menyelesaikan kes-kes FIFA bagi membersihkan nama baik pasukan Kelantan FC.

“Kami percaya, menyelesaikan kewajipan isu tunggakkan gaji adalah penting sebelum memulakan sebarang usaha baru.

“Oleh itu, dengan hati yang berat tetapi dengan rasa tanggungjawab yang jelas, Kelantan FC telah memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai pertandingan MBSB Bank Championship Musim 2024.

“Kelantan FC dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekecewaan yang mungkin timbul kepada pihak AFL dan pihak berkepentingan.

“Kelantan FC juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada penyokong-penyokong pasukan TRW Kelantan FC di atas kegagalan pasukan beraksi cemerlang di dalam Liga Super Musim 2023 serta tidak menyertai Liga pada musim baru ini.

“Tanggungjawab dan niat pasukan adalah untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu dengan segera sebelum Kelantan FC kembali menyertai liga bola sepak pada masa hadapan dalam keadaan yang lebih baik.

“Ucapan jutaan terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan yang telah diberikan sepanjang musim 2020, 2021, 2022 dan 2023. Setiap sokongan anda amatlah kami hargai.

“Kelantan FC komited untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dan akan membawa semula pasukan Kelantan FC di dalam liga pada musim akan datang.

“Akhir sekali, Kelantan FC memohon sokongan dan doa daripada anda semua untuk masa depan Kelantan FC yang lebih baik. Terima kasih atas dokongan dan doa anda semua,” jelas kenyataan tersebut yang disampaikan oleh Norizam Bin Tukiman.

Kami di Semuanya BOLA turut bersedih dengan kenyataan ini selepas nama Kelantan boleh dikatakan cukup besar dan mempunyai banyak sejarah yang akan terus dikenang pencinta bola sepak tempatan.

Semoga mereka mampu untuk tampil dengan lebih baik pada masa hadapan dengan segala kesilapan lalu tidak akan diulangi, sebaliknya menjadi suatu pengajaran yang sempurna.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN