Bekas Bintang Man Utd Main Peranan Bantu Liverpool Dapatkan Luis Diaz

Bekas bintang Manchester United, Radamel Falcao dan bekas bintang Everton, James Rodriguez merupakan individu yang menyokong penuh Luis Diaz untuk menyertai Liverpool.

Bintang Porto itu dilaporkan telah mendapat nasihat dan dorongan dari kedua-dua legenda Colombia itu agar beliau memilih untuk ke Anfield.

Diaz dilaporkan sudah selesai menjalani sesi medical dan hanya menunggu masa sahaja untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemain Liverpool.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1487554897637691401?t=EmfZPO-pSoL8usc0Y_KD3Q&s=19

Beliau sebelum ini sudah hampir untuk ditandatangani oleh Tottenham Hotspur, yang terlebih dahulu sudah menghantar bidaan rasmi kepada Porto.

Menurut sumber laporan dari The Daily Mirror, Falcao dan Rodriguez telah menasihati Diaz supaya mempercepatkan urusan perpindahan beliau menyertai Liverpool.

The Reds menandatangani Diaz dari Porto dengan yuran perpindahan bernilai £37.5 juta berserta bonus tambahan bernilai sekitar £12.5 juta.

Diaz akan menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun bersama skuad kendalian Jurgen Klopp, dengan beliau akan menerima £90,000 seminggu.

Ketika ditanya tentang pandangan beliau berkait kemungkinan untuk Luis Diaz menyertai Liverpool, Radamel Falcao mendedahkan bahawa beliau sangat gembira dan teruja untuk pemain penyerang berusia 25 tahun itu.

“Saya sangat gembira untuk dia. Menyertai Porto di Eropah beri dia kemampuan untuk faham dan analisis permainan dengan lebih baik. Dia tahu bagaimana untuk bermain, dia tahu apa perlu dilakukan.”

Jelas Falcao menurut The Daily Mirror.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Porto pada musim panas 2019, dengan beliau tidak menunggu lama untuk berada dalam kesebelasan utama gergasi Portugal itu.

Beliau berjaya menjaringkan 14 gol dari 50 penampilan pertamanya bersama Porto pada musim debutnya.

Pemain kebangsaan Colombia itu pada ketika ini tidak dinafikan lagi sedang melalui musim yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Porto.

Beliau berjaya menjaringkan 16 gol dari 28 penampilan dalam semua pertandingan, dan lebih menakjubkan lagi, Diaz konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mantap.

Kehebatan beliau berjaya menarik minat Liverpool, Tottenham Hotspur dan beberapa pasukan lain untuk mendapatkan khidmatnya.

Liverpool telah dikaitkan dengan ramai pemain penyerang sejak kebelakangan ini, dengan Jurgen Klopp sememangnya mahu menambah baik barisan hadapan skuadnya.

The Reds tidak dinafikan lagi sememangnya kekurangan pemain yang boleh beri saingan kepada Mohamed Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota.

The Reds dijangka akan mengumumkan Luis Diaz sebagai penandatanganan terbaru mereka secara rasmi dalam tempoh 48 jam dari sekarang.

Pemain berusia 25 tahun itu pada ketika ini sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Colombia di Argentina dan kerana itulah Liverpool perlu menunggu beliau diterbangkan ke England terlebih dahulu.

https://twitter.com/newsoneplace/status/1487598959392608258?t=sQMwLzsLWDJ2jIjiihzGFw&s=19

Kehadiran Luis Diaz akan membantu Liverpool untuk mencabar kejuaraan liga

Liverpool pada ketika ini sedang menduduki kedudukan kedua dalam carta saingan liga, sembilan mata dibelakang Manchester City.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu melalui beberapa perlawanan yang mengecewakan sebelum ini dan menyebabkan mereka keciciran mata.

Mereka hanya berjaya memenangi dua sahaja dari lima perlawanan terakhir dalam aksi saingan Premier League.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

 

Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang dianggap akan mampu memberi cabaran kepada Manchester City untuk merebut gelaran liga musim ini.

Walau bagaimanapun, skuad depth mereka tidak begitu memuaskan hati, terutama untuk pemain di posisi penyerang.

The Reds nampak terlalu bergantung kepada Mohamed Salah, Diogo Jota dan Sadio Mane dengan mereka sukar untuk ada pemain lain yang mempunyai kualiti penyudah yang bagus.

Kehadiran Luis Diaz sedikit sebanyak membantu Liverpool untuk memiliki lebih ramai pemain berkualiti di posisi serangan dan secara tidak langsung akan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN