8 Fakta Menakjubkan Tentang Luis Diaz Yang Bakal Sertai Liverpool

Luis Diaz berkemungkinan bakal menjadi pemain Liverpool dalam tempoh beberapa hari ini, sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Menurut sumber laporan dari Sky Sports, Liverpool pada ketika ini sedang berada dalam situasi terbaik untuk menandatangani bintang Porto itu.

The Reds membuat tawaran bernilai £45 juta untuk mendapatkan pemain sayap Colombia itu, secara tak langsung menyingkirkan persaingan dari Tottenham Hotspur yang terlebih dahulu menghantar bidaan.

Diaz dilaporkan lebih berminat untuk ke Anfield berbanding menyertai Tottenham Hotspur, dengan gergasi Merseyside itu turut sudah menghantar wakil ke Argentina untuk melengkapkan penandatanganan bintang Colombia itu.

Sepertinya tiada halangan lain yang boleh menghalang Diaz dari menyertai Liverpool pada jendela perpindahan Januari ini.

Untuk memperkenalkan siapa Diaz yang sebenarnya, berikut merupakan lapan perkara tentang bintang Porto itu yang mungkin ramai peminat tak tahu.

Mengikut data yang dikumpulkan oleh GMS dari BBC dan The Daily Mail, berikut merupakan lapan fakta menarik tentang Luis Diaz.

1. Dibesarkan di sebuah wilayah yang serba kekurangan di Colombia

Diaz menghabiskan usia remaja beliau di sempadan Venezuela di La Guajira yang mana kebanyakan kanak-kanak di sana merupakan suku Wayuu.

Suku Wayuu merupakan antara golongan terbiar dengan kanak-kanak di sana ramai yang tak sempat untuk membesar.

The Mail melaporkan yang ada data menyatakan bahawa seramai 4,770 kanak-kanak dari suku Wayuu telah meninggal dunia dek kerana kekurangan zat makanan.

Hal ini berlaku kerana suku mereka agak terpinggir dan tidak begitu dipedulikan oleh kerajaan Colombia dari tahun 2008 hingga 2016.

Di kampung halaman beliau di Barrancas, Diaz akan menghabiskan masa untuk melihat kereta api yang membawa bahan mentah ke seluruh benua Eropah, tempat di mana beliau bermain bola sepak hari ini.

2. Bakatnya ditemui oleh Carlos Valderrama

Apa yang paling menakjubkan tentang Diaz adalah bakat hebatnya telah dikenal pasti oleh legenda terhebat sepanjang zaman Colombia, Valderrama sendiri.

Di usia 17 tahun, Diaz sudah berjaya mencuri perhatian legenda Amerika Selatan itu ketika beliau turun ke sesi pemilihan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Colombia untuk aksi Copa America pada tahun 2015.

3. Selalu risau dengan masalah berat badannya

Walau bagaimanapun, perjalanan Diaz untuk menjadi pemain bola sepak profesional bukanlah satu hal yang mudah, dek kerana ada kebimbangan tentang masalah berat badannya.

Beliau dianggap terlalu kurus dan tak sesuai untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Salah seorang jurulatih terawal Diaz, John Pocillo Diaz memberitahu BBC bahawa:

“Ada satu ketika, kami fikir adalah sangat sukar untuk dia bermain kerana ‘Lucho’ nampak terlalu kurus.”

“Dia terlalu kurus dan memang akan kalah dalam situasi perebutan bola dengan pemain lawan. Tapi selain itu, dia antara paling menyerlah berbanding 400 calon lain dan dia terpilih sebagai 26 pemain utama.”

Walaupun Colombia tewas dalam aksi perlawanan akhir saingan Copa America (orang asli), Diaz berjaya mencuri tumpuan ramai dengan menjaringkan dua gol dalam pertandingan tersebut.

4. Langkah khas untuk membantu Diaz lebih bersinar

Pasukan dari division kedua, Barranquilla dengan tiba-tiba menandatangani Luis Diaz dan memastikan beliau mendapatkan diet yang sihat.

Barranquilla berjaya membantu Diaz menaikkan berat badannya sebanyak 10kg dan ia jelas sangat membantu bintang Porto itu untuk menjadi pemain profesional.

Apa yang lebih menakjubkan, kelab dari Colombia itu sememangnya menandatangani Diaz hanya untuk membantu beliau mendapatkan fizikal yang lebih baik agar beliau boleh menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak.

5. Mengidolakan Ronaldinho

Sama seperti kebanyakan pemain lain di Amerika Selatan dan seluruh dunia, Diaz memilih untuk mengidolakan Ronaldinho sebagai idolanya dalam dunia bola sepak.

Cara permainan beliau yang penuh berskill itu jelas sekali kerana pengaruh yang beliau dapat dari mengikuti corak permainan legenda Brazil itu.

6. Pernah tolak untuk sertai Cardiff City

Percaya atau tidak, Diaz sebenarnya sudah hampir untuk sertai pasukan dari England pada musim 2018/19 yang lalu, namun beliau menolak untuk menerima tawaran dari Cardiff.

Beliau sebaliknya lebih memilih untuk mengikuti jejak langkah bintang Colombia lain seperti James Rodriguez dan Radamel Falcao dengan melengkapkan perpindahan menyertai Porto setahun selepas beraksi bersama Zenit St Petersburg.

7. Dibandingkan dengan Luis Figo

Sangat menakjubkan untuk Diaz sejak beliau melengkapkan perpindahan ke Eropah dari Colombia, bekas pengurus Real Madrid dan Portugal, Carlos Queiroz bahkan turut membandingkan bintang berusia 25 tahun itu dengan Luis Figo.

Luis Diaz dikatakan mempunyai kelebihan dan kualiti yang hampir sama seperti pemenang anugerah Ballon D’or dan juga legenda bola sepak Portugal itu.

8. Berkongsi anugerah kasut emas Copa America

Lionel Messi sebenarnya bukan hanya memenangi gelaran Copa America 2021, beliau bahkan turut mendominasi sepenuhnya pertandingan tersebut.

Satu hal yang paling menakjubkan, Luis Diaz sebenarnya berjaya berkongsi kedudukan dengan Lionel Messi sebagai penjaring terbanyak saingan Copa America 2021.

Bintang Colombia itu merupakan satu-satunya pemain selain Messi yang mampu menjaringkan empat gol termasuk gol lipat ketika bertemu Brazil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN