Asmir Begovic dan Nathan Ake adalah bekas pemain Chelsea dan mereka antara pemain yang cemerlang membantu Bournemouth menang mengejutkan juara bertahan Chelsea. Bukan dengan 1 gol, atau 2 gol tetapi 3 gol.
Nathan Ake sendiri meletakkan nama beliau dalam senarai penjaring gol.
Callum Wilson meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas Tiemoue Bakayoko hilang bola. Wilson bertukar hantaran dengan Ibe untuk menewaskan Courtois.
Callum Wilson kemudian melakukan bantuan gol untuk Junior Stanislas pada minit ke-64. Dan pada minit ke-67 giliran bekas pemain Chelsea, Nathan Ake pula memastikan perlawanan ini milik Bournemouth.
Ini adalah kekalahan terbesar Chelsea pada musim ini. Ini juga kemenangan pertama The Cherries di gelanggang lawan sejak 4 November 2017 yang lalu di St. James’ Park.
Eddie Howe menyifatkan mereka bermain dalam kondisi terbaik untuk mendapatkan keputusan seperti ini.
“Kami agresif dan semua pemain luar biasa. Kami rajin dan bersungguh-sungguh. Semuanya dilakukan bersama-sama, walaupun peluang terhad, kami tetap berhak menang dengan beberapa gol yang menarik.”
Pada rehat separuh masa, Olivier Giroud dan Emerson Palmieri diperkenalkan kepada penyokong yang hadir. Giroud tak dapat diturunkan dalam perlawanan ini kerana masih belum melengkapkan beberapa pendaftaran lagi.
Tuesday: Swansea 3-1 Arsenal
Wednesday: Bournemouth 3-0 Chelsea.Olivier Giroud watches two defeats in two days from two different substitute benches https://t.co/C59LCpbadi pic.twitter.com/mUt2NhKUsC
— Telegraph Football (@TeleFootball) January 31, 2018
Alvaro Morata dan Willian cedera. Memaksa Conte menggunakan Hazard sebagai 9 jadian. Sistem serangan Chelsea yang menggandingkan Barkley-Hazard-Pedro agak kurang memuaskan. Chelsea gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat sepanjang separuh masa pertama.
Conte mengakui pasukan beliau seperti tiada penyerang tengah pada perlawanan ini. Bercakap kepada wartawan, Conte berkata:
“Saya tak nampak di mana penyerang tengah kami?”
Tugas itu adalah dilakukan Hazard sebagai false no.9. Namun bintang Belgium itu lebih selesa dengan peranan yang bebas bergerak. Jadi, selepas ini kehadiran Giroud pastinya memberikan kelegaan kepada Antonio Conte.
Kekalahan ini membuatkan Chelsea gagal mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan dengan United yang tewas di tangan Spurs. Mereka juga turun ke tangga ke-4 kerana perbezaan jaringan.
Bournemouth pastinya menganggap ini adalah kemenangan besar dalam kempen kali ini. Kemenangan ni juga meletakkan mereka dalam senarai 10 teratas.