Kedah Lantik CEO Dan Melancarkan Jersi Baharu

Bagi memastikan urusan pentadbiran sesebuah organisasi yang tersusun, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkenalkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Pada Majlis Perasmian Jersi dan Memperkenalkan pasukan Liga Super musim 2018 di Alor Star semalam, KFA mengumumkan Yusdi Madeonus Mohamad Yunus sebagai CEO baharu pasukan Kedah.

Mereka juga turut mengumumkan Syed Khairul Anuar Syed Abidin sebagai Pengurus Skuad Liga Super Kedah.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyifatkan dengan wujudnya jawatan tambahan, pengurusan akan jadi lebih mantap.

Sekitar Majlis Pelancaran Jersi pasukan Kedah. FOTO: KFA

“CEO baharu ini akan memperkemas keseluruhan pentadbiran supaya kita dapat memiliki sebuah pentadbiran yang mantap menuju masa hadapan.”

“Dengan pengalaman sektor pentadbiran yang luas ini, saya yakin beliau mampu membawa nama KFA keperingkat yang lebih tinggi selepas ini,” katanya kepada Berita Harian

Menurut Ahmad Bashah, Syed Khairul Anuar pernah menjawat jawatan sebagai penolong pengurus pasukan bolasepak Kedah pada tahun 2005.

Beliau kini merupakan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kulim Hi-tech Park (KHTP) dan akan menggantikan Datuk Jefferey Low yang meletak jawatan hujung tahun lalu.

“Syed Khairul merupakan ahli Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) dan mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan pasukan bolasepak Kedah kerana pernah berada dalam tugas pengurusan pasukan sebelum ini dan beliau juga berpengalaman bersama Majlis Sukan Negeri Kedah.” jelasnya.

Semalam pasukan Kedah turut melancarkan jersi baharu mereka yang disaksikan oleh 2,000 peminat yang hadir di Hotel Royal Signature Alor Setar.

Turut hadir ke Majlis itu ialah Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Naib Presiden KFA Datuk Badrul Hisham Hashim dan Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar .

Para pemain memperagakan jersi baharu mereka untuk musim 2018. FOTO: KFA

Dua jersi baharu pasukan Kedah ditaja oleh Al-Ikhsan Sports dengan jersi pertama berwarna hijau kuning (home) manakala jersi kedua berwarna merah dengan jalur hijau dibahagian tepi (away).

“Saya dimaklumkan jersi utama pada tahun ini masih lagi mengekalkan warna asas kuning dan hijau tetapi pihak penaja iaitu Al Ikhsan atau AL membuat sedikit pembaharuan dari segi rekaan ia lebih mirip kepada jersi pasukan Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol,” kata Ahmad Bashah.

Kedah akan bertandang ke Stadium Larkin pada hari sabtu ini untuk perlawanan pembukaan Liga Super 2018 menentang juara 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN