Gol 11 Saat Eriksen, Jaringan Sendiri Jones Warnai Debut EPL Sanchez Bersama Man. United

Tottenham Hotspur hanya memerlukan 11 saat untuk menjaringkan gol pertama menerusi Eriksen terus daripada serangan pertama mereka. Ia adalah jaringan terpantas dalam EPL musim ini.

https://twitter.com/LoaiSuwwan/status/958811725503049728

Ini adalah rekod jaringan terpantas dalam sejarah EPL:

Ianya disaksikan oleh 81,978 penyokong yang hadir ke stadium. Rekod kehadiran penyokong ke stadium tertinggi dalam sejarah EPL.

Spurs terus menekan Manchester United yang bergelut untuk memenangi pertarungan di bulatan tengah. Pada minit ke-28 Phil Jones tertampan bola ke gawang sendiri selepas cuba mengeluarkan hantaran silang rendah.

Alexis Sanchez ternyata terlalu minimum aksi pada babak pertama. Beliau banyak turun ke bawah untuk cuba membantu pertahanan.

Pada separuh masa kedua, Manchester United terus bergelut. Mourinho cuba menguatkan bahagian tengah beliau dengan memasukkan Fellaini dan Juan Mata. Namun bintang Belgium itu dikeluarkan semula tidak lama selepas itu.

Ini selepas Fellaini mengalami kecederaan. Hererra dimasukkan. Manchester United terus buntu mendapatkan gol untuk merapatkan kedudukan.

Harry Kane memiliki beberapa peluang untuk menambah koleksi gol beliau musim ini, namun gagal untuk melakukannya.

Son Heung Min juga mempersia-siakan peluang dari jarak dekat. Percubaan beliau dihadang David De Gea.

Spurs dominan di dalam perlawanan ini dengan 22 percubaan ke arah gol. Manchester United pula hanya melakukan 6 percubaan ke arah gol.

Tamat perlawanan, Tottenham Hotspur memastikan 3 mata milik mereka sebelum satu lagi perlawanan di antara ‘big 6’ menentang Liverpool Ahad ini.

Kekalahan United ini menyaksikan mereka gagal mengambil kesempatan untuk menjarakkan diri 6 mata di atas Liverpool dan Chelsea. United juga kini 15 mata di belakang City yang menang 3-0 ke atas West Brom.

Chelsea tewas mengejut 0-3 di Stamford Bridge dalam aksi yang disaksikan oleh Olivier Giroud.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN