Mengejutkan! Itulah reaksi kami di SemuanyaBOLA apabila mendapat tahu kontrak Safuwan Baharudin dengan Pahang FA telah ditamatkan lebih awal.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Safuwan menerusi instagram beliau. Dan ramai peminat Pahang sendiri memberikan reaksi yang sama dengan kami.
Safuwan mendedahkan, kontrak beliau masih berbaki semusim lagi, namun Pahang FA memutuskan untuk menamatkannya lebih awal.
Pada awalnya, ramai yang sudah mendengar Safuwan akan meninggalkan pasukan Pahang dan dikaitkan dengan perpindahan keluar. Namun spekulasi itu lebih kepada teori bahawa Safuwan sendiri yang meminta keluar.
Namun sebaliknya yang berlaku. Safuwan mendedahkan beliau masih mahu kekal bersama Pahang dan terpaksa angkat kaki dengan hati yang sedih.
Safuwan berkata: “Ianya 4-5 hari yang sukar, namun sudah tiba masanya saya nak anda semua tahu secara rasmi di sini.”
“Pahang FA telah memutuskan untuk melepaskan saya walaupun saya masih ada baki kontrak sehingga 2020.”
“Walaupun apa sahaja alasannya, saya tidak akan pernah sesekali menyesal untuk menyertai apa yang dalam impian saya, sejak saya bermain untuk Lions XII.”
“Walaupun saya hanya bermain di sini selama 2 musim. Namun tak mudah untuk meninggalkan pasukan ini, meninggalkan Kuantan, tempat yang saya sangat sukai.”
“Kepada semua yang membuatkan kehadiran saya di sini begitu dialu-alukan, rakan-rakan yang saya bina persahabatan daripada bola sepak, saya tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada anda semua [satu persatu secara peribadi].”
“Kepada semua penyokong, minta maaf kerana gagal membantu pasukan kita mara ke 2 final piala domestik musim ini. Namun anda semua adalah penyokong terbaik di dalam bola sepak Malaysia.”
“Dan tidak ketinggalan, akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan keluarga yang memberikan sokongan tanpa henti, sepanjang 2 tahun saya di sini.”
“Semoga kita berjumpa lagi, InShaaAllah. Tok Gajah selamanya.”
Safuwan Baharudin, merupakan pemain penting Tok Gajah sejak menyertai mereka. Beliau membantu Pahang menjulang Piala FA pada 2018.
Pada tahun 2019, Safuwan Baharudin berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan terbaik Asia Tenggara dalam malam Anugerah AFF yang lalu.
Safuwan Baharudin named in Asean Best XI at the Asean Football Federation (AFF) Awards 2019 https://t.co/UL2osmGwei pic.twitter.com/QKCsvaQOlp
— GOAL South Africa (@GOALcomSA) November 11, 2019
Ke manakah destinasi seterusnya untuk Safuwan Baharudin? Kami percaya banyak pasukan dalam MSL sudah mengintai khidmat pemain yang sudah membuktikan kualitinya dalam liga Malaysia.