Khairul Azhan, Tamil Maran, Namathevan Dan Ashmawi Yakin Kekal Di Selangor

Selangor FA megumumkan bahawa mereka melanjutkan khidmat 4 pemain untuk menghadapi musim baharu.

Paling mencuri tumpuan pastinya penjaga gol kebangsaan, Khairul Azhan, yang merupakan antara nama yang diumumkan akan kekal bersama skuad Gergasi Merah.

Seterusnya, Tamil Maran, Namathevan dan Ashmawi Yakin juga diberikan kontrak lanjutan oleh pasukan Selangor.

Selanngor FA dalam kenyataan mereka berkata: “Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah melanjutkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

Penjaga gol utama pasukan, Khairulazhan Khalid dan pemain pertahanan, Tamil Maran telah dikekalkan bersama skuad Red Giants untuk musim 2020.

Khairulazhan atau Yan telah membuat sebanyak 22 kali penampilan bersama pasukan Selangor untuk musim 2019.

Untuk musim ini, beliau telah mempamerkan prestasi terbaiknya untuk Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2019 dan berjaya membawa Red Giants ke pentas separuh akhir.

Berdasarkan prestasinya yang kian meningkat, Yan telah kembali berlatih bersama skuad Harimau Malaya untuk Kelayakan Fifa Piala Dunia Qatar 2022 & AFC Piala Asia China 2023.

Lebih positif, Yan turut diberi kepercayaan oleh pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebagai penjaga gol utama dan telah beraksi dengan baik serta memperoleh ‘clean sheet’ semasa menentang Tajikistan dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 baru-baru ini.

Manakala Tamil Maran pula merupakan pemain muda pasukan Selangor yang telah bersama membantu skuad Piala Presiden Selangor menjuarai Piala Presiden 2017.

Tamil juga pernah beraksi bersama skuad senior Selangor sebanyak empat kali pada tahun 2018 dalam saingan Liga Super.

Untuk musim 2019, beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan dan telah memikat hati pihak pengurusan serta barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor untuk terus mengekalkan beliau untuk musim hadapan.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada Khairulazhan dan Tamil Maran, mereka mampu memberikan nafas yang segar di benteng pertahanan dan gawang gol Selangor pada musim 2020.”

Dua pemain pertahanan Selangor, Namathevan dan Ashmawi Yakin kekal bersama Red Giants untuk musim 2020.

Namathevan Arunasalam atau lebih dikenali sebagai Nama merupakan anak jati Selangor yang mula bermain untuk pasukan negeri ini sejak tahun 2015 lagi bersama pasukan Presiden Selangor.

Setelah menjuarai Piala Presiden 2017 beliau terus diserap diserap masuk dalam skuad utama Gergasi Merah pada tahun 2018.

Pemain berusia 23 tahun ini merupakan pemain yang sangat versatile dan sering menjadi buah mulut penyokong Selangor dengan hantaran-hantaran cantiknya dari sebelah kanan padang.

Nama telah membuat penampilan sebanyak 44 kali sepanjang kariernya bersama Red Giants sehingga musim 2019.

Sementara itu, Ashmawi Yakin pula merupakan pemain pertahanan yang berpengalaman di pentas antarabangsa.

Beliau pernah mewakili skuad kebangsaan B16, B19, B23 dan telah tampil lebih 50 kali beraksi bagi skuad Harimau Muda.

Pemain berjersi nombor 4 ini pada asalnya merupakan pemain pasukan Negeri Sembilan dan telah menyertai Selangor pada tahun 2018.

Sepanjang bersama pasukan Gergasi Merah, Ashmawi telah membuat penampilan sebanyak 16 kali sehingga musim 2019.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada kedua-dua pemain pertahanan ini, mereka mampu memberikan nafas yang segar di benteng pertahanan Selangor pada musim 2020.”

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN