Bayern menewaskan Arsenal dengan jumlah jaringan yang sama seperti perlawanan pertama mereka.
Arsenal dalam usaha untuk mengejar defisit mustahil dalam perlawanan ini.
Belum ada pasukan dalam sejarah UCL yang mampu bangkit selepas ketinggalan 4 gol aggregate.
Perlawanan bermula dengan protes daripada penyokong Bayern Munich.
Mereka telah membaling paper roll ke dalam padang sebaik sepak mula dan perlawanan terpaksa dihentikan.
Ia sebagai protes kepada harga tiket yang terlampau mahal dikenakan oleh pengurusan stadium Arsenal.
Bayern menang aggregate 10-2
Theo Walcott memberikan sedikit harapan kepada The Gunners dengan jaringan menarik minit ke-20.
Namun pada minit ke-53, Koscielny dibuang padang dan Bayern Munich dianygerahkan sepakan penalti. Lewandoski menyempurnakannya.
Pada situasi ini, Arsenal perlukan 5 gol untuk membalas 1 gol di tempat lawan dengan 10 orang pemain.
17 minit kemudiam, Arjen Robben menambah 1 lagi gol untuk Bayern hasil daripada pressing di blok tinggi.
Ini diikuti oleh gol Douglas Costa berjaya menerusi aksi solo pada minit ke-78.
Arturo Vidal menambah derita Arsenal dengan gol ke-4 apabila melakukan chip menarik selepas menerima square pass daripada Costa pada minit ke-80.
Arturo Vidal memastikan kedudukan 1-5 berulang lagi kali ini dengan gol minit ke-85. Arsenal tewas 1-5 ataupun kemenangan aggregate 10-2 oleh Bayern.
Agak kontroversi juga apabila Alexis Sanchez masih mampu tersenyum ketika jaringan ke-5 tersebut.
Kini Arsenal telah tersingkir daripada peringkat 16 pasukan terakhir untuk kali ke-7 berturut-turut.
Badi Arsenal dalam peringkat 16 pasukan terakhir:
- 2010-11 Barcelona – Agg 3-4
- 2011-12 Milan – Agg 3-4
- 2012-13 Bayern Munich – Agg 3-3 (Bayern menang jaringan tempat lawan)
- 2013-14 Bayern Munich – Agg 1-3
- 2014-15 Monaco 3-3 (Monaco menang jaringan tempat lawan)
- 2015-16 Barcelona – Agg 1-5
- 2016-17 Bayern Munich – Agg 2-10
Mereka menjadi pasukan dengan rekod kekalahan aggregate paling teruk pasukan Inggeris dalam sejarah UCL.
Ini juga kekalahan terbesar Arsenal di tempat sendiri selepas tewas 5-0 di tangan Chelsea pada 1998 di Highbury.
Ia juga menjadi kemenangan Aggregate ke-2 terbesar dalam sejarah UCL. Yang terbesar adalah kemenangan Bayern Munich ke atas Sporting Lisbon pada 2009, aggregate 12-1.
Selain itu, perlawaan ini adalah yang ke-201 Wenger mengendalikan Arsenal untuk perlawanan UCL.
Selain insiden paper roll pada awal perlawanan. Kempen Wenger Out turut mewarnai perlawanan di dalam dan luar stadium.
Kekalahan ini menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di UK hari ini. Ini respon mereka.
Selepas perlawanan Arsene Wenger kecewa dengan keputusan tersebut namun beliau memuji semangat juang anak buah beliau.
Keputusan ini juga sekaligus menguatkan lagi tekanan kepada Arsene Wenger selepas tewas dalam 4 perlawanan besar terakhir mereka.
Bermula dengan Chelsea, 2 kali di tangan Bayern dan sebelum ini menentang Liverpool. Perlawanan seterusnya adalah Arsenal akan menentang Leicester.
Baca juga: Wenger: “Saya Telah Membina Kelab Ini, Perlukan Masa Sebelum Buat Sebarang Keputusan”