Real Madrid Sekali Lagi Menang 3-1 Ke Atas Napoli, Kebangkitan Di Separuh Masa Kedua

Real Madrid berjaya menang dengan jumlah jaringan yang sama ke atas Napoli seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

Ia signifikan kerana 2 perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi berakhir dengan jumlah jaringan yang sama.

Satu lagi perlawanan, Bayern Munich juga menang 5-1 ke atas Arsenal.

Napoli bermula dengan baik. Mereka mendominasi perlawanan ini pada awalnya. Hasilnya mereka mendahului menerusi Dries Mertens pada minit ke-24.

Bersambung pada separuh masa ke-2, Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Lebih malang untuk Napoli apabila penjaring gol mereka, Dries Mertens turut menjaringkan jaringan sendiri.

Ianya selepas tandukan Sergio Ramos terbias pada kepala beliau. Pada kedudukan 1-2, Napoli berada dalam keadaan sangat tertekan.

Alvaro Morata menjaringkan gol ke-3 pada masa kecederaan. Morata melakukan rembatan susulan selepas cubaan Cristiano Ronaldo dihalang oleh Pepe Reina.

Real Madrid telah mara untuk kali ke-7 berturut-turut ke suku akhir UCL dan masih belum tewas dalam 12 perlawanan UCL terakhir mereka.

Ia menjadikan mereka sebagai pasukan yang paling lama tidak tewas dalam UCL dengan 7 kemenangan dan 5 seri setakat ini.

Real Madrid juga menjadi satu-satunya pasukan dari Sepanyol yang menjaringkan gol dalam 47 perlawanan berturut-turut di Itali.

Namun begitu, penggempur prolifik mereka, Cristiano Ronaldo terus kemarau gol UCL dalam 6 perlawanan berturut-turut.

Beliau hanya dipisahkan 5 gol daripada jaringan ke-100 beliau dalam UCL.

Grafik: Goal.com

Namun begitu beliau telah mencatatkan 5 bantuan gol daripada 7 perlawanan terakhir.

Kemenangan ini sememangnya amat berharga untuk Real Mdrid dalam misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan UCL.

Baca juga: Arsenal Kalah 1-5 Di Emirates, Bayern Menang Aggregate 10-2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN