Marcos Rojo Menangis Di Lapangan Terbang, Dapat Tahu Sepupunya Ditembak Mati

Marcos Rojo telah disenaraikan di dalam skuad yang akan ke Russia sempena perlawanan menentang Rostov.

Beliau pada minggu lalu telah menjaringkan gol liga pertama beliau untuk Manchester United.

Namun beliau tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan berita tentang sepupunya yang berusia 17 tahun telah ditembak mati oleh persara polis.

Menurut laporan Mirror, sepupunya yang bernama Geronimo Rojo dan seorang lagi rakannya, Barbosa dilaporkan terlibat dalam rompakan bersenjata di La Plata.

Mereka merompak menggunakan motosikal Honda Wave yang dipercayai dicuri daripada seorang wanita, walaupun sumber tidak dapat mengesahkan hal tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, sekitar 10 malam, Geronimo dan Barbosa turun di hadapan sebuah pasar raya dan cuba merompak seorang pemandu teksi yang sedang menunggu penumpang.

Namun cubaan mereka gagal dan pemandu teksi tersebut berjaya melarikan diri.

Mereka kemudiannya mensasarkan seorang lagi lelaki berusia 50 tahun bernama Raul Anibal Diaz. Lelaki tersebut rupa-rupanya seorang pesara polis.

Laporan menyebut, persara polis tersebut telah memperkenalkan dirinya kepada kedua-dua perompak. Geronimo dan Barbosa berjaya merompak Raul Anibal.

Ketika mereka cuba meninggalkan tempat kejadian, Raul Anibal berkata, Barbosa cuba untuk menembak beliau.

Persara polis tersebut terpaksa melepaskan beberapa tembakan menggunakan pistol 40 kaliber sebagai langkah mempertahankan diri.

Sepupu Marcos Rojo (topi putih) dan Barbosa yang terkena tembakan dan tersadai jalan raya bersama-sama dengan revolver, hasil rompakan termasuk wang tunai berjumlah 3,000 pesos.

Barbosa telah meninggal di tempat kejadian, manakala Geronimo telah dikejarkan ke Hospital San Martin selepas cedera parah di bahagian bahu.

Dia meninggal dunia di hospital tersebut selepas 7 jam bertarung nyawa.

Diharap Marcos Rojo cekal dengan keadaan yang telah menimpa. Bak kata orang, buruk-buruk pun tetap sepupu dan keluarga beliau juga.

Blood is thicker than water!

Baca juga:FELDA United, JDT Diikat Lawan Masing-Masing Dalam Aksi Piala AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN