Lupakan Christian Pulisic, Anak Donald Trump Kini Merupakan Pemain Muda Terhangat Di USA!

Di Amerika Syarikat, peminat bola sepak mereka seakan obses dengan perkembangan pemain mereka iaitu Christian Pulisic.

Mana tidaknya, beliau merupakan antara bakat muda terhangat di negara tersebut ketika ini.

Bukan itu sahaja, malah pemain yang kini beraksi untuk Borussia Dortmund ini juga sedang berkembang sebagai pemain matang yang cukup baik!

Namun populariti pemain itu seakan dibayangi oleh seseorang ketika ini. Namanya ialah Barron Trump.

Macam pernah dengar nama belakang itu ya, tapi di mana?

Ya benar, Barron Trump merupakan anak kepada Presiden Amerika Syarikat ketika ini iaitu Donald Trump dan kini Barron merupakan antara pemain muda yang berpotensi tinggi di negara tersebut.

Populariti pemain itu semakin meningkat selepas pemberita sukan di negara tersebut melaporkan yang pemain itu akan beraksi untuk pasukan remaja DC United.

Ia disahkan menerusi senarai pemain skuad remaja DC United yang menyaksikan Barron beraksi di bahagian tengah.

Perkara itu kemudiannya disahkan dengan nama Barron kini terisi di laman sesawang skuad pembangunan bakat muda Amerika Syarikat.

Nampaknya, bukan bapanya sahaja mahu mengembalikan kegemilangan Amerika Syarikat namun dirinya juga.

Let’s make US Soccer great again!

Sumber:

  1. Goal (2017): FORGET PULISIC! BARRON TRUMP IS NOW THE BIGGEST NAME IN U.S. SOCCER; http://www.goal.com/en/news/forget-pulisic-barron-trump-is-now-the-biggest-name-in-us/18oklnjssdrfi16h3wt96u5q4a

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN