Inilah 10 Calon Bagi Anugerah Puskas FIFA Best Awards 2017

FIFA Best Awards 2017 telah pun tiba dengan tumpuan terarah kepada semestinya FIFA Best Men’s Player Award.

Walaupun begitu, terdapat tumpuan lain dalam malam penuh gemilang itu nanti apabila anugerah gol tercantik atau Puskas Award turut menjadi perhatian.

Jika pada edisi yang lalu, pemain Pulau Pinang iaitu Faiz Subri muncul pemenang selepas sepakan percuma menakjubkan beliau ketika menentang Pahang menjadikan beliau pemenang pada edisi lalu.

Kini 10 calon telah pun disenarai pendek, dan terdapat beberapa nama yang menjadi tumpuan peminat bola sepak.

Scorpion kick Olivier Giroud untuk Arsenal, rembatan padu bak roket Nemanja Matic untuk Chelsea merupakan antara calon bagi anugerah itu.

Selain itu, gol menarik dari Moussa Dembele hasil gerakan berpasukan yang cemerlang oleh Celtic turut tersenarai sebagai calon untuk anugerah ini.

Anda boleh lihat video kesemua calon Puskas Award ini dibawah. Pautan untuk mengundi kami sediakan di penghujung artikel.

Kevin-Prince Boateng (Las Palmas)

Alejandro Camargo (Universidad de Concepcion)

Deyna Castellanos (Venezuela)

Moussa Dembele (Celtic)

Olivier Giroud (Arsenal)

Aviles Hurtado (Tijuana Xolos)

Mario Mandzukic (Juventus)

Oscarine Masuluke (Baroka)

Nemanja Matic (Chelsea)

Jordi Mboula (Barcelona)

Undi dengan klik pada pautan ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN