Phil Brown: Juru Elektrik Yang Menjadi Pengurus Bola Sepak

Anda masih mengingati seorang lelaki bernama Phil Brown? Ya, bekas pengurus Hull City. Anda pasti ingat bagaimana beliau membawa Tigers beraksi dalam saingan Premier League pada musim 2008-09.

Gelagat beliau memberikan team-talk dalam satu perlawanan terpahat menjadi memori yang diingati dunia.

Mahir, sebagai juruelektrik!

Tetapi, tahukah anda bahawa beliau merupakan seorang juru Elektrik?

Phil Brown pernah diminta bapanya untuk meninggalkan kerjaya sebagai pemain bola sepak sewaktu remaja. Alasannya supaya mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.

Malah, beliau dengan beraninya menolak kontrak sebagai pemain di Hartlepool United. Tetapi 2 tahun selepas kejadian itu, beliau menerima pula kontrak di kelab sama.

Beliau beruntung kerana kelabnya itu membenarkannya mempromosi khidmat sebagai Juru Elektrik dalam matchday programme. Meskipun beliau bekerja sebagai Juru Elektrik secara sambilan.

Kejadian lampu terpadam di Roots Hall. Sumber: Echo-News.

 

Bersama Southend

Setelah meninggalkan Hull, beliau berkelana seketika bersama Preston North End. Kemudiannya barulah ke Southend United.

Pernah satu kejadian di Roots Hall, stadium Southend terpadam lampu semasa perlawanan berlangsung. Kejadian itu berlaku pada perlawanan Piala FA 2013-14. Southend melayani kunjungan Millwall.

Perlawanan itu tergendala hampir 15 minit. Kerosakan lampu itu sudah lama tidak berlaku di Roots Hall. Mujurlah Millwall tewas kepada tuan rumah.

Pengurusan Southend meminta Phil untuk membaiki lampu stadium yang rosak. Tetapi, beliau tidak menyahutnya. Beliau meminta pengurusan stadium membaikinya.

Dihargai penyokong

Malah, penyokong Southend melaungkan chants meminta beliau membaiki lampu yang rosak. Kerana ramai orang mengetahui Phil seorang juru elektrik.

Mana tidaknya, Phil sendiri pernah membaiki peralatan elektrik yang rosak di kelabnya itu. Sekurang-kurangnya beliau ada kerja lain selain bola sepak untuk menyara hidup!

Kerjayanya berbaloi kerana beliau agak lama bersama Southend, iaitu lebih daripada 4 tahun. Kini Southend beraksi di EFL League One. Phil sendiri menjadi pengurus yang membawa kelab itu naik dari EFL League Two beberapa musim lepas.

Sumber:

  1. Echo-News (2014): I nearly to fix the lights myself!; http://www.echo-news.co.uk/sport/blues/10916032.Southend_United_manager_Phil_Brown__I_nearly_had_to_fix_the_lights_myself_/
  2. Daily Mail (2008): I wont forget roots; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-563603/I-wont-forget-roots-says-Hull-manager-Phil-Brown.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN