Jose Mourinho Tidak Mahu Terlalu Memikirkan Ketiadaan Pogba, Turut Percaya Pemainnya Yang Lain

Jose Mourinho

Pemain termahal Manchester United, Paul Pogba akan terlepas aksi menentang Southampton di Stadium St Mary’s malam ini akibat kecederaan yang dihadapinya, tetapi Jose Mourinho tidak mahu terlalu merisaukan mengenai ketiadaan pemain tonggaknya itu.

Pengurus Manchester United itu mengakui bahawa beliau tidak tahu bila Pogba akan dapat kembali beraksi, bagaimanapun pengendali dari Portugal itu tidak akan ‘menangisi’ berkenaan masalah tersebut.

Pogba mengalami kecederaan hamstring ketika aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah bertemu FC Basel. Beliau hanya sempat beraksi selama 19 minit sebelum terpaksa digantikan dengan Marouane Fellaini.

”Saya tiada idea (berkenaan kecederaan Pogba),” Mourinho memberitahu kepada wartawan.”Tetapi sekali lagi, ianya memberikan peluang kepada pemain lain untuk beraksi dan saya mempercayai mereka semua.”

”Jadi saya tidak akan menangisi atau menghitung hari bila Pogba akan kembali beraksi. Sehingga dia kembali, saya mempercayai pemain-pemain saya.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 12: Paul Pogba of Manchester United sits injured with a hamstring issue during to the UEFA Champions League match between Manchester United and FC Basel at Old Trafford on September 12, 2017 in Manchester, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

United membuat kunjungan ke St Mary’s dengan harapan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini.

The Red Devils kini berada ditangga kedua berdasarkan turutan abjad selepas terikat dengan jumlah mata, kemenangan, seri,  jaringan dan dibolosi sama seperti Manchester City.

Menjelang perlawanan ini juga, Jose Mourinho memuji pengurus baru Southamptopn, Mauricio Pellegrino, yang merasakan Pellegrino merupakan pengurus yang berpengalaman untuk menggantikan Mauricio Pochettino, Ronald Koeman dan Claude Puel untuk pasukan tersebut.

”Itulah sebabnya dia berada disini, berpengalaman sebagai pemain, berpengalaman sebagai jurulatih dan bekerja dengan jurulatih berpengalaman seperti Rafa Benitez,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

”Sudah pasti, dia mempersiapkan diri dengan baik untuk menghadapi cabaran di Sepanyol dan Argentina. Dan di Southampton, untuk berlaku adil, saya banyak kali menentang mereka pada kali kedua saya di England. Saya bertemu mereka ketika dibawah Mauricio (Pochettino) seterusnya Koeman dan Puel dan kini Pellegrino. Saya tidak lihat banyak perubahan (dalam corak permainan).

”Mereka sangat stabil dalam cara mereka bermain, kualiti pemain mereka. Ini merupakan pasukan yang bagus untuk menjadi pengurus pasukan, sangat bagus.”

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/im-not-going-to-cry-about-pogba-mourinho-backs-manchester-united-/enxgzecfh5r19f1ktuytb4wp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN