Barnes: Mbappe Bukan Jawapan Buat Liverpool Melainkan Dia Boleh Main Bek Tengah

Barnes Mbappe

Legenda Liverpool, John Barnes menegaskan bahawa Kylian Mbappe yang dikaitkan dengan kelab tersebut bukanlah jawapan sebenar buat The Reds untuk memantapkan jentera pasukan pada jendela perpindahan musim sejuk ini.

Sebaliknya, Barnes melihat pertahanan tengah perlu menjadi keutamaan buat Jurgen Klopp ketika pasukan itu pada ketika ini kelihatan cukup terdesak sehinggakan terpaksa meletakkan Jordan Henderson di posisi tersebut ketika perlawanan menentang Southampton, awal pagi semalam.

Liverpool bukan sahaja kehilangan khidmat Virgil van Dijk susulan kecederaan dialami ketika menentang Everton tetapi turut terpaksa melupakan khidmat Joe Gomez berikutan kecederaan lutut dan terbaharu, Joel Matip juga menerima nasib yang sama.

Keadaan itu menyebabkan Klopp terpaksa bergantung harap kepada pemain tengah bertahan, Fabinho untuk mengisi kekosongan tersebut.

”Mbappe seorang pemain yang sangat hebat tetapi dia beraksi di jentera serangan di mana ia tidak perlu diperkuatkan oleh Liverpool.”

”Tetapi sekiranya dia boleh bermain di posisi pertahanan tengah, mereka boleh mendapatkannya pada Januari ini,” ujar Barnes menurut laporan Goal.

”Sekiranya Liverpool tidak menamatkan saingan di tangga teratas liga, dia tidak akan datang ke Liverpool. Jadi, mereka seharusnya risaukan tentang musim ini.”

”Sekiranya ada kemungkinan untuk mendapatkannya pada Januari ini, anda boleh pergi mendapatkannya tetapi sekiranya tidak, jangka masa pendek, Mbappe bukan jawapan buat Liverpool.”

”Liverpool sangat kuat di bahagian serangan dan mempunyai banyak pilihan di jentera tengah tetapi posisi pertahanan tengah adalah posisi yang benar-benar perlu diberikan perhatian.” tambah Barnes lagi.

Kredit featured image: Xavier Laine/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kylian Mbappe:

Kylian Mbappe Puji Kerja Luar Biasa Pasukan Perubatan PSG

Jawapan Kylian Mbappe Bila Ditanya Nak Messi Atau Ronaldo Dalam Pasukannya

Nasser Al-Khelaifi Yakin Neymar, Mbappe Mahu Kekal Di PSG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN