Satiananthan: Ong Kim Swee Memang Layak, Kebanggaan Jurulatih Tempatan

Ong Kim Swee

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan menganggap keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal adalah satu keputusan tepat diambil badan induk bola sepak tanah air itu.

Hal ini kerana Satiananthan berpendapat Kim Swee merupakan individu yang benar-benar layak menggalas tanggungjawab itu berikutan pengalaman luas dimilikinya serta cukup arif dalam selok-belok bola sepak tempatan.

Perkembangan terbaharu diumumkan oleh FAM secara rasmi pada 4 Januari itu menyaksikan Kim Swee bakal menggantikan tugasan yang sebelum ini dilakukan oleh Peter de Roo dari Belanda.

Menurut sumber laporan dikeluarkan Sinar Harian, Satiananthan juga menganggap keputusan dibuat adalah baik kerana ia memberikan penghargaan buat jurulatih anak tempatan.

Dalam masa sama pula, beliau tidak mahu tugasan itu diberikan kepada individu yang tidak diketahui kemampuannya.

“Pertama sekali, pelantikan beliau (Ong Kim Swee) itu adalah satu kebanggaan kepada jurulatih tempatan kerana beliau sememangnya layak. Ini kerana beliau pernah melatih pasukan muda dan senior kebangsaan dan tahu selok belok kedudukan pelan induk FAM.”

“Selain itu, beliau sudah tentu tahu apa yang patut dibuat dengan pasukan kebangsaan kerana dari segi pembangunan, beliau lebih arif tentang pembangunan pemain-pemain muda.”

“Malah, beliau juga pernah menjadi pembantu kepada bekas Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo. Ini semua perlu diambil kira kerana kita tidak mahu sembarangan individu menggalas tugas tersebut,” ujar Satiananthan bercakap kepada Sinar Harian.

Karier dalam bidang kejurulatihan Ong Kim Swee bermula sebagai ketua jurulatih Melaka. Namanya melonjak sebagai jurulatih yang berjaya mencungkil bakat-bakat muda negara bermula sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan kemudiannya bergelar ketua jurulatih skuad Harimau Muda.

Kredit featured image: How Foo Yeen/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pengarah Teknikal FAM baharu ini:

Ong Kim Swee Anggap Pengkritiknya Banyak Cakap Dan Hanya Mahukan Publisiti

Ong Kim Swee Tolak Tawaran Kendali Pasukan Liga Malaysia

Ong Kim Swee Cuba ‘Melihat’ Jauh Ke Depan

Leave a Reply