Barisan Exco Dan Ahli Gabungan Beri Sokongan Penuh, Mahu Tunku Ismail Kekal Terajui FAM

Tunku Ismail

Malam tadi,  DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran rasa tanggungjawab terhadap ranking skuad kebangsaan yang kian merudum ke tangga 178.

Namun, bagi Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, beliau berpendapat Tunku Ismail tidak perlu untuk melepaskan jawatan yang disandang bermula 25 Mac 2017 itu hanya kerana desakan segelintir daripada orang ramai.

Dato’ Hamidin turut menegaskan bahawa semua barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) dan ahli gabungan FAM memberikan sokongan penuh buat Tunku Ismail untuk terus menerajui kepimpinan badan bola sepak tertinggi di Malaysia itu.

Sehubungan dengan itu, pihak FIFA dan AFC juga berpendapat bahawa Tunku Ismail perlu terus kekal di FAM dan keputusan meletakkan jawatan adalah keputusan yang tidak wajar dilakukan.

Menurut Dato’ Hamidin, telah banyak perubahan yang dilakarkan sepanjang hampir setahun perkhidmatan Tunku Ismail dalam mengendalikan FAM.

Antara perubahan yang dinyatakan adalah kemasukan penajaan lumayan yang dinikmati yang memberikan faedah buat pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier.

Dilaporkan musim ini, pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super menerima insentif bernilai RM3 juta manakala Liga Premier pula menerima RM1 juta.

Dalam pada itu, Dato’ Hamidin turut menyentuh mengenai beberapa peningkatan pencapaian pasukan.

”Pasukan-pasukan bawah umur kebangsaan juga telah mempamerkan persembahan memberangsangkan di peringkat Asia dengan skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018, skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak layak ke Kejuaraan B-19 AFC 2018 dan begitu juga skuad B-16 yang layak ke Kejuaraan B-16 AFC 2018 serta skuad futsal lelaki kebangsaan layak ke Kejuaraan Futsal AFC 2018.”

Dalam pada itu, Dato’ Hamidin turut mengesahkan bahawa Tunku Ismail masih lagi merupakan Presiden FAM yang sah.

Hal ini kerana mengikut prosedur FAM, jika mana-mana Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mahu meletak jawatan, individu berkenaan perlu menghantar surat rasmi dan Jawatankuasa Eksekutif FAM berhak menerima atau menolak peletakan jawatan itu.

Kredit foto: Mstar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN