4 Muka Baharu Dipanggil Sertai England Dengan Prospek Ke Piala Dunia

Empat muka baharu yang belum pernah menyarung jersi England di peringkat antarabangsa, telah dipanggil untuk menyertai senarai 27 pemain oleh Gareth Southgate untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali pada 23 dan 27 Mac akan datang.

Empat pemain tersebut ialah penjaga gol Nick Pope dan pemain pertahanan James Tarkowski daripada Burnley; pemain pertahanan Swansea, Alfiw Mawson; dan pemain tengah Bornemouth, Lewis Cook.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Turut mendapat tempat di dalam senarai Southgate ialah Jack Wilshere dan juga Danny Welbeck daripada Arsenal.

Manakala penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane dan juga bek tengah Chelsea, Gary Cahill digugurkan daripada senarai skuad yang akan ke Amsterdan sebelum skuad The Three Lions menunggu kunjungan Itali di Wembley empat hari kemudian.

Turut tidak berada di dalam senarai ialah bek tengah Manchester United, Chris Smalling dan Phil Jones; tatkala Asley Young turut tersenarai kembali di dalam pasukan.

Kali terakhir Wilshere beraksi untuk England ialah ketika kekalahan 2-1 kepada Iceland di Kejohanan Euro 2016.

Namun demikian, pemain tengah itu kembali mendapat kepercayaan Southgate selepas kerap diturunkan untuk aksi bersama Arsenal.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Penjaga gol Nick Pope selayanya dipanggil untuk menyertai skuad England kali ini selepas aksi cemerlang bersama Burnley. Pope menunjukkan prestasi cemerlangnya selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol kelab tersebut, yang juga merupakan penjaga gol antarabangsa England, Tom Heaton.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat penjaga gol yang disenaraikan oleh Southgate. Tiga penjaga gol lain ialah Joe Hart (West Ham), Jack Butland (Stoke) dan juga Jordan Pickford (Everton).

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Menjelaskan pemilihan pemain yang dilakukan oleh beliau, Southgate dipetik sebagai berkata:

“Ia agar sukar. Tetapi anda harus jelas akan jenis pemain yang dipanggil untuk pasukan, kekerapan beraksi bersama kelab masing-masing, dan juga prestasi semasa pemain.”

“Semua orang mengetahui ‘pool’ pemain di Liga Perdana Inggeris tidak besar. Ia disukarkan lagi dengan kecederaan yang menimpa beberapa pemain.”

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Secara keseluruhan indikasinya jelas. Kami memanggil pemain yang beraksi baik dengan kelab masing-masing, termasuk beberapa muka baru yang belum pernah didedahkan di peringkat antarabangsa. Ia adalah proses pemilihan yang agak kompleks,” jelas Southgate di dalam sidang media ketika mendedahkan senarai pilihan 27 pemain beliau semalam.

Satu perkara yang pasti ialah pemilihan pemain kali ini merupakan bayangan skuad England yang akan beraksi di Piala Dunia pada musim panas akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN