Marcos Alonso Menyifatkan Thibaut Courtois Masih Merupakan Seorang Penjaga Gol Yang Hebat

Thibaut Courtois

Perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp semalam bukanlah aksi terbaik buat penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois apabila beliau melakukan kesilapan yang memusnahkan harapan The Blues untuk membuat kejutan.

Penjaga gol antarabangsa Belgium itu melepaskan gol-gol yang boleh disifatkan sebagai mudah dan seterusnya dikritik hebat ekoran prestasi dipamerkannya.

Namun, bagi rakan sepasukannya, Marcos Alonso menyifatkan Courtois masih merupakan penjaga gol yang hebat walaupun kesilapan yang dilakukan menyebabkan Chelsea tersingkir di peringkat 16 terbaik.

Lionel Messi mengambil kesempatan diatas kesilapan yang dilakukan Courtois dengan dua jaringan yang dihasilkannya hanya melalui celah kaki (ole) penjaga gol tersebut.

”Saya percaya dia (Courtois) cuma tidak bernasib baik. Sekiranya keadaan ini terjadi lagi 10 kali, sudah pasti dia tidak akan melepaskan jaringan,” kata Alonso.

”Thibaut (Courtois) merupakan penjaga gol yang hebat dan saya merasakan ianya adalah aksi yang kurang bernasib baik.”

”Walaupun melepaskan jaringan, sekiranya kami menjaringkan gol dari peluang yang kami miliki, kami mampu untuk kembali menyamakan kedudukan. Kami mempunyai banyak peluang.”

Dalam pada itu, Alonso turut mengulas mengenai perlawanan ketika bertemu Barcelona semalam.

”Dua kali percubaan kami pada perlawanan pertama dan kedua terkena tiang gol. Ianya sangat tidak bernasib baik. Kami perlu terus berjuang untuk lapan perlawanan terakhir kerana saya merasakan kami layak untuk beraksi dalam kejohanan (Liga Juara-Juara Eropah) ini lagi pada musim hadapan.”

”Ianya terlalu mudah (dua gol awal) buat sebuah pasukan seperti Barcelona tetapi kami juga turut mempunyai banyak peluang. Saya merasakan kami telah menunjukkan karakter yang hebat pada kedua-dua perlawanan.”

”Hari ini (semalam) dan perlawanan pertama. Ianya satu keputusan yang adil kerana mereka menjaringkan gol dan kami tidak melakukannya.”

”Terdapat beberapa perkara positif yang kami perolehi ketika dua perlawanan bertemu Barcelona. Kami perlu menunjukkan keinginan yang serupa pada perlawanan seterusnya dan memastikan kami memperolehi kemenangan pada setiap perlawanan.”

”Anda dapat melihat sehingga ke minit terakhir perlawanan yang kami boleh bermain bertemu mana-mana pasukan dan sekarang mempunyai lapan perlawanan terakhir. Kami perlu memastikan agar dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah tahun hadapan.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN