Barcelona Tolak Bidaan RM480 Juta Manchester United Untuk Ansu Fati

Ansu Fati

Barcelona mendedahkan kelab yang cuba untuk membida pemain muda sensasi mereka, Ansu Fati dengan tawaran €100 juta adalah Manchester United.

Menurut sumber dari 90.min, kelab La Liga itu menolak tawaran lumayan tersebut sungguhpun pasukan itu terdesak untuk mendapatkan wang tunai untuk dibelanjakan apabila jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi.

Dengan beberapa pemain dijangka akan meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini, Kelab Catalan itu menegaskan Fati tidak akan menjadi salah satu daripadanya.

The Red Devils dikatakan mengubah haluan mereka untuk mendapatkan pemain berusia 17 tahun itu selepas usaha untuk membawa penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho ke Old Trafford dilihat semakin sukar.

Dortmund pula masih mahu terus mengekalkan Sancho dan bersedia untuk menawarkan kontrak baharu dengan gaji dua kali ganda bagi memastikan pemain berusia 20 tahun itu terus kekal untuk membentuk gandingan dengan penyerang baharu mereka, Erling Haaland.

Oleh sebab itulah United cuba untuk mendapatkan Ansu Fati dengan menghubungi Barca melalui ejen, Jorge Mendes bagi mendapatkan sebut harga dan diminta untuk membayar klausa pelepasan bernilai €170 juta (RM817 juta).

https://twitter.com/MufcTonyMartia1/status/1269589253568319488?s=20

United kemudian menawarkan harga €100 juta yang dianggap lebih ‘berpatutan’, bagaimanapun ia ditolak oleh Presiden Barcelona, Josep Bartomeu yang melihat penyerang muda itu sebagai prospek untuk masa depan kelab.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memang diketahui sedang mencari seorang pemain di bahagian serangan dengan beberapa calon lain juga sedang dipertimbangkan. Antaranya adalah pemain muda Birmingham City, Jude Billingham, pemain sayap Anton Villa, Jack Grealish dan pemain tengah Leicester City, James Maddison.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ansu Fati:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN