Barcelona Tarik Balik Cadangan Aksi La Liga Di Luar Sepanyol

Rancangan Barcelona untuk menganjurkan perlawanan La Liga menentang Girona di Miami, Amerika Syarikat buat kali pertama terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan sokongan.

Berdasarkan perjanjian 15 tahun di antara liga divisyen utama itu dengan Relevent Sport, Barca dicadangkan untuk menentang Girona di Stadium Hard Rock, Miami, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

Namun, percancangan LaLiga itu mendapat tentangan secara terbuka daripada Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol (AFE).

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, memaklumkan pada Oktober lalu, pihaknya akan menyekat segala usaha membawa perlawanan LaLiga ke AS walaupun presiden liga itu, Javier Tebas, secara berterusan menghantar cadangan berkenaan kepada badan induk itu.

Barca menerusi satu kenyataan rasmi malam tadi, menyatakan mereka tidak lagi berminat untuk berdepan Girona di Miami kerana kurangnya sokongan terhadap idea itu.

Bagaimanapun, gergasi Catalan itu tidak menolak untuk perkara itu terjadi andai ia mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Lembaga Pengarah Barcelona telah bersetuju untuk menarik balik cadangan aksi berdepan Girona dijalankan di Miami setelah mendapati kekurangan sokongan terhadap cadangan itu.

“Bagaimanapun, FC Barcelona tetap bersedia untuk bermain di Miami andai keuntungan daripada perlawanan itu dibahagikan kepada semua pasukan Liga Primera dan Segunda, termasuk pembahagian hak penyiaran televisyen.

“Kami menganggap projek ini tidak akan berjaya sehingga mendapat persetujuan daripada kesemua pihak,” kata kenyataan berkenaan.

La Liga tetap teruskan rancangan adakan perlawanan di luar Sepanyol

LaLiga turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan Barca itu dengan mendakwa mereka menerima keputusan tersebut, namun menegaskan usaha itu tetap akan dijalankan.

“Pihak LaLiga mengucapkan tahniah buat FC Barcelona dan Girona FC di atas kesudian mereka secara sukarela untuk menjadi pasukan pertama bermain aksi LaLiga di luar Sepanyol.

“Projek LaLiga bersama Relevant itu telah ditandatangani sejak 15 tahun dahulu.

“Sejak awal lagi, kami menyatakan penyertaan itu merupakan secara sukarela dan jika FC Barcelona menarik diri, projek di Miami itu tidak akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.

“Kami turut terkesan dengan kekecewaan yang melanda peminat di AS.

“Kami hanya mahu meyakinkan mereka bahawa perlawanan LaLiga juga mampu dimainkan di luar Sepanyol seperti kejohanan-kejohanan utama AS yang lain.

“LaLiga akan meneruskan usaha membawa Liga Sepanyol ke luar negara walaupun perlawanan yang dijadualkan pada 26 Januari depan tidak dapat dijalankan,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, memaklumkan pada Oktober lalu, pihaknya akan menyekat segala usaha membawa perlawanan LaLiga ke AS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN