Piala AFF: AirAsia Sediakan Penerbangan Tambahan Ke Hanoi, Tony Fernandes Umum Tambang Khas

Airasia

Ketua Kumpulan Pegawai AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengumumkan tambahan penerbangan ke Hanoi dari Kuala Lumpur khas untuk penyokong-penyokong Harimau Malaya yang ingin bertandang ke Hanoi untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Malaysia dijadualkan akan berhadapan dengan Vietnam pada 15 Disember hadapan untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Sehubungan dengan itu, Tony melalui satu kenyataan di media sosial milik beliau berkata empat penerbangan tambahan akan dilakukan dari Kuala Lumpur ke Hanoi bagi memenuhi permintaan.

Selain daripada tambahan penerbangan tersebut, Tony turut mengumumkan harga tiket penerbangan khas RM450 – khusus untuk penerbangan pergi dan balik penyokong ke negara berkenaan.

“Ultra Tony di sini. Empat penerbangan tambahan bernilai RM449 untuk penerbangan pergi dan balik untuk penyokong Ultras Malaya ke Hanoi,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.


Jutawan penerbangan tambang murah negara tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew AirAsia yang sanggup mengorbankan cuti mereka untuk merealisasikan harapan penyokong negara.

Dalam perkembangan lain, Tony turut berkata AirAsia sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik di dalam bentuk penerbangan ihsan, penerbangan percuma, dan penerbangan khas untuk kumpulan Ultras Malaya.

17 tahun di dalam industri penerbangan, tidak boleh dinafikan AirAsia telah banyak menyumbang kepada industri penerbangan negara, dan rakyat Malaysia amnya.

Beliau turut menyeru penglibatan pihak-pihak bekenaan, seperti Malaysia Airports dalam usaha sebegini, demi memastikan rakyat Malaysia boleh menikmati tambang penerbangan mampu milik.

Terima kasih kami ucapkan kepada Tan Sri Tony Fernandes. Anda benar-benar berjiwa Malaysia. #UltraTony

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN