Manchester United Hantar Pegawai Ke Napoli, Bincang Perpindahan Koulibaly

Manchester United serius dalam usaha mendapatkan bek tengah Napoli – Kalidou Koulibaly pada Januari ini. Sebelum ini Napoli telah menyatakan pendirian mereka bahawa bek tengah itu bukan untuk dijual.

Mourinho tempoh hari berjenaka dengan pengurusan kelabnya dalam sidang media ketika pegawai media Man. United terlupa menyediakan air minuman kepadanya. Mourinho berkata: “Tiada air? Adakah kita sedang berjimat untuk simpan duit bagi Januari ini?”

Mourinho pernah menyatakan kekecewaannya selepas Man. United gagal mendapatkan beberapa pemain baharu. Beliau berkata Man. United gagal mendapatkan pemain dalam senarai yang beliau inginkan.

Pada jendela pra-musim yang lalu Mourinho meminta agar Ed Woodward cuba mendapatkan bek tengah berprofil tinggi selepas gagal mendapatkan beberapa pemain sasaran yang lain. Man. United gagal untuk membawa sebarang bek tengah baharu terutama sekali Toby Alderweireld.

Laporan The Times menyebut, Napoli sudah mengeluarkan sebut harga kepada Man. United iaitu sekitar £90 juta ataupun €100 juta. Jika Man. United serius mahukan Koulibaly, mereka perlu memecahkan rekod perpindahan Virgil Van Dijk – bek tengah yang dibeli dengan nilai £75 juta oleh Liverpool pada Januari 2018.

Manchester United dilaporkan telah menghantar pegawai mereka untuk berunding dengan Napoli – bagi mendapatkan pemain tersebut.

Napoli menyatakan mereka memang tidak mahu melepaskan Koulibaly, namun selepas pertemuan terbaru dengan pegawai Man United di Itali, mereka dikatakan mempertimbangkan tawaran sekitar £90 juta.

Seterusnya Napoli dikatakan akan lebih terbuka untuk menjual Koulibaly pada Januari ini jika mereka gagal melayakkan diri ke kalah mati UCL. Napoli akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Koulibaly menyertai Napoli dari Genk pada 2014 dengan nilai £6.5 juta. Beliau menjadi bek tengah utama Napoli dan sangat menyerlah pada era Maurizzio Sarri.

Sebelum itu beliau kerap dikecam kerana dianggap ‘error prone’. Di bawah Sarri, Koulibaly dibangunkan menjadi bek tengah serba lengkap. Beliau mulai memperbaiki aspek pertahanan dan tidak lagi digelar error prone.

Beliau boleh menggelecek, menghantar bola untuk membantu ‘playmaking’ dari belakang. Beliau adalah bek tengah yang kuat di udara serta laju.

Namun begitu, selain daripada Man. United, Koulibaly turut menjadi sasaran beberapa kelab besar lain seperti Real Madrid.

Man. United juga akan mempertimbangkan untuk membawa masuk bek tengah Porto Eder Militao sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan Koulibaly. Militao – yang baru berusia 20 tahun – ada klausa perlepasan £45 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN