Ini bukanlah perkara baru dalam bola sepak. Namun perkara ‘hijack’ seperti ini kekadang agak kejam.
Semalam AS Roma dilaporkan mencapai kata putus untuk membeli Malcom dari Bordeaux dengan nilai €35 juta. Dan ini pengumuman yang dibuat menerusi twitter rasmi kelab tersebut.
https://twitter.com/ASRomaEN/status/1021430075755859969
Kelab Bordeaux pun sudah mengumumkan perkara itu di dalam twitter rasmi mereka.
https://twitter.com/girondins/status/1021425520678965249
Pegawai dan penyokong AS Roma sudah menanti pemain itu di lapangan terbang sepanjang malam semalam.
Unbelievable – AS Roma fans were waiting at the airport to welcome Malcom & now he's stuck in Bordeaux as Barcelona enter into 11th hour negotiations. (@Guillaumemp) pic.twitter.com/sDQeZfhJaf
— Get French Football News (@GFFN) July 23, 2018
Namun Malcom dilaporkan membatalkan penerbangan beliau semalam secara mengejut selepas Bordeaux memberitahu ada bidaan daripada Barcelona yang lebih lumayan.
Hari ini sumber Fabrizio Romano menyatakan Barcelona membida Malcom dengan nilai €41 juta dengan tambahan bonus.
Malcom kini dikatakan sedang menuju ke Nou Camp. Namun pihak AS Roma menyatakan mereka akan tetap menunggu Malcom di Rom malam ini.
Mereka meminta pemain itu dan kelab Bordeaux menepati janji yang sudah dimeterai sebelum ini. Pegawai perubatan pasukan juga akan menunggu Malcom tiba malam ini.
Malcom adalah opsyen yang lebih murah oleh Barcelona selepas beberapa bidaan mereka untuk mendapatkan Willian ditolak oleh Chelsea.