FIFA Best: Messi, Ronaldo Tersenarai Lagi Dalam 10 Finalis, Neymar Tercicir

Senarai akhir untuk pemain terbaik tahunan FIFA Best 2018 sudah pun dikeluarkan. Pencalonan 10 terakhir menyaksikan tiadanya nama Neymar.

Neymar sebelum ini berhijrah ke PSG untuk keluar daripada bayang-bayang Messi dan mencipta legasi beliau sendiri untuk menyaingi Messi dan Ronaldo. Itulah yang dikatakan oleh ayahnya sebelum ini.

Neymar cemerlang bersama PSG di domestik. Beliau menjadi pemain penting Brazil dalam Piala Dunia 2018. Ini pastinya membuatkan peminat Neymar kecewa.

KAZAN, RUSSIA – JULY 06: Neymar of Brazil in action during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Brazil and Belgium at Kazan Arena on July 6, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Fred Lee/Getty Images)

10 finalis akhir menyaksikan 2 nama pemenang 5 Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi tersenarai.

Harry Kane dan Luka Modric yang menjadi kapten pasukan masing-masing di Piala Dunia 2018 juga berada dalam senarai.

Pemain dari negara Perancis meletakkan 3 daripada 10 pencalonan akhir, manakala 2 dari Belgium dan masing-masing 1 dari Argentina, Portugal, Croatia, England dan Mesir.

Daripada 10 senarai akhir, hanya Raphael Varane sahaja yang bukan penyerang. Tiada nama penjaga gol dalam senarai 10 akhir kali ini.

Berikut adalah senarai penuh:

1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Juventus, Portugal)

2. Lionel Messi (Barcelona, Argentina)

3. Luka Modric (Real Madrid, Croatia)

4. Antoine Griezmann (Atletico Madrid, Perancis)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City, Belgium)

6. Eden Hazard (Chelsea, Belgium)

7. Mohamed Salah (Liverpool, Mesir)

8. Kylian Mbappe (PSG, Perancis)

9. Raphael Varane (Real Madrid, Perancis)

10. Harry Kane (Tottenham, England)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN