Gattuso Sahkan Bonucci Mahu Tinggalkan AC Milan

Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso memberi isyarat jelas bahawa pemain pertahanan, Leonardo Bonucci mahu meninggalkan kelab tersebut.

Bonucci telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Juventus.

Bonucci menyertai Milan dari Juventus pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan £37.45 juta dengan kontrak selama lima tahun.

Namun laporan di Itali menyatakan pemain antarabangsa Itali itu mahu meninggalkan Rossoneri, dengan pengurus Manchester United Jose Mourinho sedang rancak memperkemaskan barisan pertahanannya.

Gattuso mengesahkan sudah bercakap dengan Bonucci yang turut dikaitan dengan kepulangan ke Turin untuk kembali menyertai Juventus, namun memaklumkan kepada pemain itu bahawa beliau harus memaklumkan kepada kelab jika benar mahu pergi.

“Saya telah bercakap kepada Leo [Bonucci] dan saya harus jujur akan perkara ini.

SOLBIATE ARNO, ITALY – JULY 09: Leonardo Bonucci (R) and Riccardo Montolivo (L) of AC Milan train with theirs teammates during the AC Milan training session at the club’s training ground Milanello on July 9, 2018 in Solbiate Arno, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Kami telah melakukan pertemuan, tetapi saya bukan AC Milan. Untuk itu, beliau harus bercakap dengan lembaga pengarah kelab,” ujar Gattuso.

“Selagi beliau berada di sini, saya mengharapkan komitmen penuh dari beliau. Saya mahu melihat Leo yang profesional seperti mana yang saya lihat sejak 12 hari yang lalu.”

“Beliau adalah pemain pertama yang mengiringi pemain ketika latihan, dan beliau sentiasa bertindak sebagai seorang kapten yang hebat.”

Gennaro Gattuso

“Kemudian ianya terpulang kepada Leo dan pihak kelab untuk membuat keputusan. Sudah tentu saya mahukan beliau kekal. Leo adalah pemain yang mempunyai mentaliti dan bakat yang kita mahukan.”

“Dan saya juga berpendapat jika ada pemain sebegini meluahkan rasa ingin pergi, ia adalah tanggungjawab saya sebagai jurulatih untuk meyakinkan beliau untuk kekal.”

Walaupun mengetahui minat dari Mourinho yang mahukan kapten beliau di Old Trafford, Gattuso tetap tenang dan hanya mempunyai pujian buat pengurus Manchester United itu.

(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

“Mourinho sudah bergelar pengurus yang berjaya sejak 20 tahun yang lalu, dan memenangi banyak kejuaraan.”

“Beliau adalah seorang pengurus yang bijak untuk memastikan pemain-pemainnya menampilkan aksi terbaik, dan ia bukan kebetulan beliau berterusan memenangi kejuaraan demi kejuaraan.”

Mourinhi mempunyai mentaliti yang hebat, dan tahu bagaimana untuk melakukan perkara yang sama terhadap pemain. Kita sebenarnya sedang bercakap mengenai salah seorang pengurus bola sepak terbaik dunia.

AC Milan dan Manchester United akan bertemu dalam perlawanan International Champions Cup di Carlifornia pada Khamis akan datang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN