Barcelona mahu Bernabeu dipilih sebagai venue untuk final Copa Del Rey 2017 menentang Alaves.
Alaves menempah tiket ke final selepas menewaskan Celta Vigo 1-0. Sebelum itu Barcelona menyingkirkan cabaran Atletico Madrid.
Venue pertandingan akhir Copa Del Rey masih belum diumumkan. Manakala tarikh final adalah pada 27 Mei 2017.
Namun pihak Real Madrid dijangka tidak akan merestui niat itu.
Ini kerana awal-awal lagi mereka sudah menyatakan mereka akan kerja naik taraf stadium tersebut selepas musim berakhir.
Dalam erti kata lain, di atas padang sudah ada beberapa biji bulldozer pada hari final tersebut.
Kerja-kerja naik taraf tersebut akan dilakukan sebaik sahaja perlawanan terakhir liga menentang Sevilla pada 13 Mei nanti.
Barcelona mahu mempersoalkan jika Santiago Bernabeu kali ini tidak dapat digunakan atas alasan kerja naik taraf.
Ini kerana, stadium tersebut telah menjadi pilihan utama untuk penganjur final Copa Del Rey, 10 tahun kebelakangan ini.
Tambah mereka lagi, Santiago Bernabeu adalah gelanggang paling strategik untuk kedua-dua penyokong Alaves dan Barcelona berkunjung ke final.
Ada beberapa final turut melibatkan Real Madrid dan Barcelona sendiri di stadium bersejarah ini.
Alternatif kepada Santiago Bernabeu mungkin Vicente Calderon, iaitu rumah kepada Atletico Madrid.
Ini adalah final pertama untuk kelab dari Basque dan yang ke-39 untuk pasukan Catalan.
Di mana agaknya venue Copa Del Rey kali ini?
Adakah Real Madrid akan mengorbankan kerja-kerja naik taraf Santiago Bernabue. Jika stadium itu dipilih sekali lagi?
Baca juga: Mesut Ozil Sentiasa Hilang Dalam Perlawanan Besar? Ini Justifikasi Statisitik Opta