Sir Alex Jelaskan Sebab Beliau Suka Turunkan Fletcher Dalam Perlawanan Besar

Sir Alex jelaskan kenapa beliau suka turunkan Darren Fletcher di dalam perlawanan besar ataupun penting.

Persoalan ini kerap dibangkitkan oleh para penyokong United. Mereka ingin tahu apa kelebihan Fletcher di mata Sir Alex Ferguson.

Ada juga yang menuduh Fletcher dipilih kerana Fletcher adalah berbangsa Scottish, sama dengan Sir Alex Ferguson.

Tuduhan ini yang paling naif!

Bercakap kepada siaran youtube rasmi West Brom, Sir Alex berkata:

“Saya sangat sukakan pemain ini. Seorang pemain profesional yang fantastik. Dia telah melakukan yang terbaik di dalam karier beliau.”

“Di United dia terpaksa bertarung dengan masalah kesihatannya. Itu sudah cukup untuk memberitahu anda banyak tentang diri beliau yang sebenarnya.”

“Semangat beliau untuk pulih, pengorbanan yang buat ke atas kehidupan sosial, adalah luar biasa.”

“Dia tidak pernah mengalah. Rupa-rupanya dia bermain dalam keadaan (kesakitan) itu, tanpa saya sendiri sedari lebih setahun.”

Darren Fletcher telah menyembunyikan laporan perubatan beliau daripada pengetahuan orang lain demi bermain bola sepak. Beliau didiagnosis dengan ulcerative colitis.

Namun, ramai merasakan Fletcher tidak ada masalah kesihatan yang serius kerana dia nampak sangat kuat.

“Akhirnya sampai ke satu tahap di mana doktor terpaksa datang kepada saya.”

“Pada peringkat itu kita tidak fikir karier beliau dalam kesukaran, dan tak banyak yang boleh dilakukannya.”

“Selepas dia tahu dia bakal meninggalkan United, rasanya ini yang membuatkan dia lebih kuat.”

“United tidak mampu menawarkan dia permainan setiap minggu. Sebab itu dia keluar dan pergi ke West Brom.”

Fletcher telah bermain dalam 300 penampilan EPL ketika West Brom pada minggu lalu menentang Stoke.

“Apabila saya melihat dia di West Brom, saya melihat seorang pemain muda yang pernah kita miliki dulu.”

“Beliau turun naik di dalam padang. Bagi mana-mana pemain untuk berbuat demikian pada usia itu, anda boleh katakan ia hebat.”

“Tetapi jika anda tahu apa yang pernah berlaku kepada beliau, ia adalah luar biasa.”

Kenapa suka turunkan Fletcher dalam perlawanan besar

“Apabila dia berada di kemuncak karier, beliau bermain dalam semua perlawanan penting buat United.”

“Saya sentiasa suka menurunkan beliau dalam perlawanan besar. Beliau adalah seorang pemain untuk perlawanan besar.”

“Ada beberapa pemain yang memang begitu. Mereka ada perangai dan keupayaan yang tidak gentar dengan perlawanan besar.”

“Saya ada tabiat suka menurunkan dia menentang Vieira.”

“Dari proses awal pemilihan pasukan utama lagi kami tahu beliau adalah pilihan yang terbaik. Jadi dia sentiasa bermain menentang Vieira.”

“Beliau sentiasa cemerlang dalam perlawanan besar yang dia bermain untuk United.”

Satu karier yang hebat oleh pemain yang pernah dijangka perlu melupakan bola sepak.

Baca juga: Perlawanan Panas, 3 Dibuang Padang Dalam Perlawanan Copa Del Rey, Barcelona vs Atletico

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN