Mesut Ozil Sentiasa Hilang Dalam Perlawanan Besar? Ini Justifikasi Statisitik Opta

Adakah Mesut Ozil sentiasa hilang dalam perlawanan besar?

Itu antara penilaian pedas yang kerap kita dengar ke atas maestro Arsenal ini.

Baru-baru ini bekas pengurus Chelsea Glenn Hoddle turut menggunakan ayat yang sama iaitu ‘sentiasa hilang’ dalam perlawanan bear.

Ianya selepas kekalahan Gunners 3-1 kepada Chelsea, pada Sabtu lalu.

Oulala.com telah membentangkan prestasi Mesut Ozil menentang pasukan besar di EPL.

Data ini adalah aksi Ozil dalam perlawanan melibatkan 6 pasukan utama di EPL sejak 2013.

Sejak debut beliau di EPL pada September 2013, Ozil telah berhadapan dengan Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Tottenham sebanyak 27 kali.

Rekod terbaik Ozil adalah menentang Liverpool. Beliau memenangi lebih banyak perlawanan menentang The Reds daripada 4 pasukan yang lain.

2 kemenangan daripada lima penampilan menentang Liverpool, menjadikan kadar kemenangan beliau ke atas Liverpool adalah 40%.

Rekod terburuk untuk kadar kemenangan beliau pula adalah ketika menentang Tottenham.

Beliau masih belum dengan merasai sebarang kemenangan setiap kali beraksi menentang Spurs di EPL.

Beliau telah mencatatkan 4 keputusan seri dengan Spurs daripada lima pertemuan. Menjadikan ia perlawanan yang paling banyak beliau seri berbanding 5 pasukan yang lain.

Rekod kekalahan paling tinggi Ozil adalah menentang Chelsea. Beliau tewas 4 daripada 7 perlawanan.

Mesut Ozil telah merekodkan mata tertinggi ketika menentang Liverpool dengan 1.6 mata.

Beliau mencatatkan 1 mata purata menentang 2 kelab Manchester.

Namun begitu, beliau memiliki purata mata yang paling teruk menentang Chelsea dengan 0.7 mata.

Statistik individu

Secara individu, statistik menunjukkan Ozil melakukan yang terbaik setiap kali berdepan Man United.

Beliau telah menjaringkan 2 gol dan 2 bantuan gol dalam enam perlawanan yang beliau terlibat setakat ini.

Rekod individu yang paling teruk? Ya! Sekali lagi Chelsea.

Ozil hanya menjaringkan hanya 1 gol dalam 7 perlawanan EPL menentang The Blues..

Secara keseluruhan, Ozil telah 27 kali dalam perlawanan EPL melibatkan the big six.

Beliau telah memenangi 5 perlawanan, 12 seri dan tewas 10 kali.

Pemain tengah ini telah menyumbang sebanyak 5 gol dan 7 bantuan gol dalam perlawanan besar di EPL setakat ini.

Rumusan

Jadi, adakah Ozil sentiasa hilang?

Beliau bukanlah sentiasa hilang, kerana secara individu beliau ada rekod yang baik dalam perlawanan ini.

Ozil mungkin terlalu menjadi spotight untuk perlawanan yang Arsenal kalah menentan 5 pasukan tersebut.

Purata kemenangan Arsenal ketika beliau beraksi dalam perlawanan big six agak rendah iaitu 19% sahaja.

Ia juga mungkin kerana beliau kurang menonjol dari segi aksi bertahan.

Ozil memang pemain yang kurang prowess untuk bertahan.

Jika Arsenal kurang penguasaan bola, maka beliau pun sukar untuk ‘mengutip’ bola sendiri di kawasan bawah.

Apa pula penilaian anda?

Baca juga: Analisis Taktikal: Cairnya Taktikal Gamba Osaka Menewaskan JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN